UniSZA RAIH KEJAYAAN PENUH DI MTE 2018

RMIC1 Kuala Nerus : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar kecemerlangan di Malaysia Technology Expo (MTE) 2018 apabila berjaya meraih empat pingat emas dan lima pingat perak

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad berkata, beliau begitu berbanggan kerana semua produk yang dipertandingkan di MTE itu berjaya mendapat pingat.

“Pencapaian ini lebih membanggakan apabila produk i-Wudhu’ hasil ciptaan Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Raja Hussin dan ahli turut memperoleh Anugerah Khas” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, MTE 2018 adalah satu platform yang bagus kepada UniSZA terutamanya untuk mempamerkan ciptaan dan idea penyelidik kepada para pelabur, pengilang dan pengedar di seluruh dunia dan di Asia khususnya.

“Ini membuktikan bahawa MTE 2018 adalah landasan terbaik bagi pengkomersialan dan kolaborasi teknologi dengan lebih daripada 200 penyertaan daripada pelbagai negara,” katanya ketika ditemui di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Program selama tiga hari yang bertemakan Asia’s Invention and Innovations Marketplace’ itu merupakan antara pameran inovasi yang paling menonjol di Asia kerana berjaya menarik kira-kira 8,000 pengunjung.

RMIC2   RMIC4   RMIC3

 

Cetak E-mel