SOUL DESIGN PAMER 46 PRODUK PELAJAR UniSZA

FritIJ2 Kuala Nerus – Seramai 46 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempamerkan produk masing-masing di Education 4.0 Innovation With Soul

Pameran anjuran Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT) itu berlangsung selama dua hari bertempat di Lobi Kementerian Pendidikan  Tinggi, Putrajaya.

Pengarah Program, Muhammad Afiq Yahya Awal, berkata pameran bertemakan Soul Design itu bertujuan untuk mempromosikan hasil kerja pelajar tahun akhir,Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian

“Pameran ini adalah platform terbaik untuk mempamerkan hasil kerja pelajar Reka Bentuk Perindustrian khususnya kepada masyarakat luar seterusnya membuka mata kepada industri luar tentang bakat pereka muda di negara ini” katanya ketika ditemui.

Menurut Afiq, dengan adanya pameran seperti itu, ia dapat menarik minat industri luar dan pelajar sekolah yang bakal melanjutkan pelajaran ke untuk memilih kursus reka bentuk perindustrian secara lebih mendalam seterusnya melanjutkan pelajaran ke UniSZA.

Tambahnya lagi, sebanyak 46 produk dipamerkan mengikut kluster perabut, automotif, dan produk pengguna dengan motif Islamic, Medical dan Bio-Soure.

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh. Hadir sama, Timbalan  Menteri Pendidikan Tinggi,  Y.Bhg Datuk Mary Yap Kain Ching , Pro Canselor UniSZA, Ybhg.Tan Sri Dato’ Dr. Mohamad Yusof Hj Mohamad Nor dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.

FritIJ1   FritIJ3

Cetak E-mel