PAMERAN EDUCATION 4.0 INNOVATION WITH SOUL PUTRAJAYA

soul 1 Kuala Nerus: Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT), Universiti Sultan ZainaI Abidin (UniSZA) telah menganjurkan satu pameran  Education 4.0 Innovation With Soul di Lobi Kementerian Pendidikan  Tinggi, Putrajaya pada 7-8 Februari 2018 yang baru lalu.

Bertemakan Soul Design , program ini bermatlamat untuk mempromosikan hasil kerja pelajar tahun akhir,Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian  FRIT. Di samping itu, pameran ini diadakan bagi menarik minat industri luar dan pelajar sekolah yang bakal melanjutkan pelajaran ke univesiti bagi memilih atau mengambil kursus reka bentuk perindustrian secara lebih mendalam seterusnya melanjutkan pelajaran ke UniSZA.

Sebanyak 46 pelajar  dan produk masing masing dipamerkan mengikut kluster perabut, automotif, dan produk pengguna dengan motif Islamic, Medical dan Bio-Soure. Semua produk ini dikelolakan oleh Dr. Mohd Hisham Omar dan dibantu oleh Sheikh Ahmad Tajuddin bin Sheikh Yusoff. Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh meluangkan masa melihat pameran tersebut.  

Hadir sama Timbalan  Menteri Pendidikan Tinggi Y.Bhg Datuk Mary Yap Kain Ching , Pro Canselor UniSZA Ybhg.Tan Sri Dato’ Dr. Mohamad Yusof Hj Mohamad Nor, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’Dr. Ahmad Zubaidi A. latif, Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Dekan FRIT Prof. Dr. Azizah Endut, Ketua Pusat Pengajian Reka Bentuk Perindustrian Dr. Imran Abdullah, Pendaftar En. Ismail Ahmad, Pengarah Program  Mohammad Afiq Yahyaawal  serta Pegawai Kanan UniSZA dan Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia.

Sesungguhnya program ini dapat melatih bakal graduan sebagai pereka muda negara yang mahir berkomunikasi dengan masyarakat luar dan memupuk semangat berpasukan serta  mengaplikasikan nilai nilai murni semasa mengurus dan mengendalikan sesuatu program di alam pekerjaan sebenar nanti.

  IJ   soul 3   soul 2

Cetak E-mel