Kakitangan UniSZA sertai Senamrobik setiap bulan

01.18 PP Senamrobik UniSZA 4 KUALA NERUS: Lebih 1,000 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Perhimpuan Bulanan dan Senamrobik UniSZA 2018 di Dewan Gemilang, hari ini.

Program anjuran Pejabat Pendaftar itu bertujuan menghimpunkan kakitangan UniSZA bersama Pengerusi LPU dan juga pengurusan tertinggi selain mengadakan acara senamrobik.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, sambutan menggalakkan terhadap program itu menunjukkan orang ramai semakin menghargai kesihatan mereka.

“Saya gembira melihat penyertaan yang menggalakkan daripada staf UniSZA yang hadir begitu ramai. Ini menunjukkan mereka mula menghargai dan mengutamakan kesihatan,” katanya pada program berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Briged Jeneral Emeritus Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

Menurut Prof Dato Dr. Zubaidi, pe­nganjuran program tersebut berjaya mencapai matlamat UniSZA untuk iaitu memupuk sikap positif dalam kalangan staf terhadap membudayakan aktiviti senamrobik sebagai satu amalan yang baik dan penting untuk kesihatan.

“Program ini juga akan diadakan setiap bulan sepanjang tahun 2018 sebagai program bersama kakitangan disamping memupuk semangat kesepaduan, kesefa­haman dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Katanya lagi, program kali pertama tahun 2018 itu juga turut disertai 100 kakitangan di Kampus Besut menerusi tayangan secara langsung dari Kampus Gong Badak.

01.18 PP Senamrobik UniSZA 1 edit 01.18 PP Senamrobik UniSZA 2 01.18 PP Senamrobik UniSZA 3 01.18 PP Senamrobik UniSZA 5 01.18 PP Senamrobik UniSZA 6

Cetak E-mel