PROGRAM NETPRENEURS TERAP MINAT PELAJAR UniSZA UNTUK BERNIAGA

ppkp1 KUALA NERUS – Seramai 30 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Netprenuers anjuran Pusat Keusahawananan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) dengan kerjasama Kelab Keusahawanan UniSZA (KKU) di Sani Hotel, Kuala Lumpur.

Program selama empat hari itu bertujuan memberi pendedahan perniagaan sebenar kepada golongan usahawan terutama dalam menguasai perniagaan dalam talian bagi mewujudkan sistem perniagaan dan sistem pemasaran yang lengkap di Internet.

Pengarah PKKP, Dr. Wan Amalina Wan Abdullah, berkata program Netpreneurs itu dirangka khas untuk memberi pendedahan dan teknik atau strategi perniagaan dalam talian yang perlu ada pada diri usahawan untuk berdaya maju dalam persaingan perniagaan yang semakin mencabar.

“Program seperti ini bukan menjadi satu alternatif lagi, tetapi menjadi satu kewajipan bagi pelajar terutamanya untuk mencapai kerjaya bermula sekarang.

“Melalui strategi yang dibina serta  kekuatan yang dimiliki dengan pakar “Internet Marketer” dari pelbagai platform seperti Facebook, Google, Instagram, Twitter, Pinterest, SEO, Email  danOnline Media dalam pembangunan modul usahawan menjadikan strategi ini sangat berkesan” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, melalui program itu, peserta mendapat pendedahan berkaitan strategi pemasaran secara dalam talian kepada ahli-ahli yang baru terlibat dalam bidang keusahawanan.

“Peserta juga dapat mengaplikasikan dan menguasai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia secara kreatif, inovatif dan berkesan”

“Melalui program ini, sifat prihatin pelajar UniSZA dalam dunia perniagaan dapat diterapkan sekaligus dapat menarik minat mereka untuk memulakan perniagaan”, katanya.

ppkp2   ppkp3

Cetak E-mel