KKST UniSZA 2017 CAPAI OBJEKTIF KPT

kkst1 KUALA NERUS – Bersempena dengan Bulan Keusahawanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Karnival Keusahawanan Siswa dan Komuniti 2017 (KKST 2017)

Pengarah PKKP UniSZA, Dr Wan Amalina Wan Abdullah, berkata PKKP tidak ketinggalan untuk menyertai program yang memberi impak yang tinggi anjuran KPT itu yang mana telah disertai oleh semua Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara

“Pelbagai program telah diadakan antaranya gerai jualan oleh pelajar dan komuniti luar di mana kita memberi galakkan kepada pelajar khususnya untuk berniaga”

“Selain itu, beberapa program lain turut dijalankan antarnaya Be the Brand, Biz Online Marketing Mastery, Talentpreneurship Bersama King Afiq, Bengkel Videografi After Effect dan Bengkel Mudahnya Jana USD di E-Bay yang dihadiri oleh pelajar dan masyarakat setempat”, katanya.

Katanya lagi,  pertandingan Mini Explorace, pertandingan Penyediaan Rancangan Perniagaan dan pertandingan Business Model Canvas turut diadakan dan dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Perakaunan UniSZA, Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan. P

“Pertandingan Mini Explorace ini diadakan bagi mewujudkan konsep kerjasama antara pelajar melalui pendedahan dan ‘games’ berkaitan keusahawanan”

“Manakala pertandingan penyediaan rancangan perniagaan dan pertandingan business model canvas diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyediakan rancangan perniagaan yang betul dan untuk menilai idea atau projek secara objektif, kritikal dan praktikal”, katanya.

Program selama dua hari itu turut mendapat kerjasama dengan beberapa kelab mahasiswa UniSZA iaitu Kelab Keusahawanan UniSZA (KKU), Koperasi Siswa UniSZA (Ko-Siswa) dan Persatuan Mahasiswa Perakaunan UniSZA. 

kkst2   kkst3

Cetak E-mel