• Utama
  • Berita@UniSZA
  • Syarahan Akademik Pendidikan 4.0@UniSZA “Mendepani Pendidikan 4.0 : Isu dan Cabaran”

Syarahan Akademik Pendidikan 4.0@UniSZA “Mendepani Pendidikan 4.0 : Isu dan Cabaran”

FB IMG 1511345846774 Pejabat Timbalan Naib Cancelor UniSZA dengan kerjasama Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AQeL) UniSZA telah menganjurkan syarahan akademik bertajuk “Mendepani Pendidikan 4.0: Isu dan Cabaran” pada 13 November 2017 yang lepas. Syarahan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Profesor Dr. Mahadzirah binti Mohamad, Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA yang mewakili Naib Cancelor. Dalam ucapan aluan tersebut, YBhg. Timbalan Naib Canselor menzahirkan ucapan penghargaan dengan kesedian warga UniSZA daripada semua peringkat yang sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan setiap perancangan kementerian demi kecemerlangan UniSZA.

Penyampai ucaptama pada syarahan itu, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia telah menghuraikan dengan jelas berkenaan dengan Revolusi Pendidikan 4.0. Kupasan dan ulasan secara terperinci diteruskan dengan sesi forum yang menampilkan tokoh akademik Islamic Scholar daripada UniSZA sendiri iaitu Profesor Dr. Kamarul Shukri Mat Teh, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Wakil daripada pihak industri, En. Mohd Farad Alhusaini, Ketua Pegawai Eksekutif EduCloud Prestariang Berhad dan YBrs. Profesor Madya Dr. Profesor Madya Dr. Wan Zuhainis binti Saad (Wakil Akademik) Ketua Jabatan Mikrobiologi, Universiti Putra Malaysia telah berjaya memberikan pencerahan terhadap setiap persoalan yang dilontarkan oleh moderator forum, Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan merangkap Pengarah Pusat Zakat dan Infak UniSZA. Kupasan serta ulasan yang begitu padat oleh semua ahli panel forum telah memberikan satu paradigma baharu dan meningkatkan kefahaman peserta berkenaan IR 4.0.

Dalam sesi ucaptama di hadapan lebih 600 peserta yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah Universiti, pengurusan tertinggi, seluruh kakitangan akademik dan pengurusan serta hampir 250 pelajar, YBhg. Datin Paduka berharap semua warga besar UNiSZA bersedia dengan kesan dan cabaran tsunami Revolusi Pendidikan 4.0 yang bakal dilaksanakan secara menyeluruh kelak.

FB IMG 1511345969729 FB IMG 1511346862041 IR4.0c 23434917 1990460147835416 451922798938888485 n 23472463 1990459824502115 4827052754728240599 n 23472917 1990459991168765 3093072839820244570 n 23518934 1990459547835476 4792497462878726299 n

Cetak E-mel