UniSZA Raih 26 Pingat di PECIPTA 2017

 

pecipta6 Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya meraih 5 pingat emas, 5 pingat perak dan 16 pingat gangsa di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’17), semalam.

Produk CanDi: A Malaysian-Tailored Dietary Smartphone App for Cancer Patients and Survivors hasil ciptaan penyelidik UniSZA dari Fakulti Farmasi & Fakulti Sains Kesihatan turut mendapat Anugerah Special Award dan membawa pulang RM 500.

Hadiah disampaikan oleh Ketua pengarah Pengajian Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir sekaligus menyempurnakan majlis penutup PECIPTA, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

PECIPTA 2017 yang berlangsung selama 3 hari bermula 7 Oktober itu dihadiri lebih 12,000 pengunjung dari dalam dan luar Terengganu.

Sebanyak 416 produk dipamerkan sepanjang PECIPTA 17 yang membabitkan 20 penyertaan dari Universiti Awam (UA), 20 IPT Swasta, 7 buah politeknik dan 2 buah Kolej Komuniti .

Bertemakan Memupuk Usahawan Menerusi Pendidikan, Industri, Teknologi dan Inovasi Sosial, PECIPTA 17 adalah acara dwi-tahunan yang dianjurkan secara bersama di antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  dan UA, sejak tahun 200.

Pada penganjuran kali ini,  UniSZA dan  Universiti Malaysia Terengganu (UMT) adalah UA yang dipertanggungjawab sebagai penganjur bersama.

  pecipta1   pecipta2    pecipta3   pecipta5   pecipta7    pecipta4    

 

Cetak E-mel