“Ke Mana Halatujuku (Mahasiswa Diploma)”

kaun55 Kuala Terengganu - Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA mengadakan program “Ke Mana Halatujuku (Mahasiswa Diploma)” bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Kampus Gong Badak, UniSZA pada 22 Julai 2017.

Unit kaunseling PTNC HEPA telah mengambil inisiatif bagi mengadakan program “Ke Mana Halatujuku (Mahasiswa Diploma)” bagi membantu pelajar-pelajar terlibat membuat keputusan dalam memilih haluan selepas tamat pengajian. Sama ada mahu meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi berdasarkan pemilihan program yang bersesuaian atau terus terlibat dalam pasaran kerja. Disamping itu, program ini turut menyalurkan info-info untuk melahirkan graduan yang Marketable.

Melalui program ini, kelihatan 67 orang mahasiswa yang hadir lebih teruja setelah diberi pencerahan daripada penceramah-penceramah dalam bidang kepakaran masing-masing. Slot pertama disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Nazri b. Latiff Azmi daripada Fakulti Bahasa & Komunikasi (FBK).

Beliau mengupas kepentingan menduduki ujian MUET, persiapan dan tip untuk menghadapi serta prosedur pengambilan MUET. Slot ini banyak mendedahkan maklumat tentang cara terbaik untuk mengulangkaji MUET. Beliau mendedahkan teknik menghadapi Muet bagi empat komponen yang diuji dalam Ujian Muet iaitu “Listening, Speaking, Reading dan Writing”. Slot Ini sangat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Diploma kerana dapat membantu mereka membuat skor yang terbaik bagi memenuhi syarat band MUET yang telah ditetapkan.

Ini kerana MUET adalah syarat asas untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Contoh bagi pelajar Daripada Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa perlu mendapat band 4 bagi melayakkan mereka menyambung pelajaran peringkat Ijazah di UniSZA. Manakala di UniVersiti lain tertakluk kepada syarat-syarat Universiti tersebut yang telah tetapkan. Slot kedua disampaikan oleh Encik Mohd Husnizan Bin Mohd Nor daripada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA).

Beliau memberi penerangan berkaitan peluang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan sarjana berserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukkan ke UniSZA. Di samping itu, beliau turut mengupas dasar meritokrasi berkaitan dasar pengambilan pelajar ke IPTA. Slot ini memberi pendedahan input yang berguna kepada pelajar Diploma dalam membuat persiapan diri bagi melayakkan mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan kos yang mereka minati.

Slot ketiga disampaikan oleh Dr. Wan Amalina Bt. Wan Abdullah @ Wan Muda iaitu Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar. Slot ini berkaitan persiapan menjadi graduan “marketable”. Beliau memberi penerangan mengenai tip-tip kebolehdapatan kerja dan persiapan mahasiswa melangkah alam pekerjaan. Selain itu, beliau turut memberi pendedahan peluang-peluang dalam bidang keusahawanan sebelum dan selepas bergraduat.

kaun44

Cetak E-mel