4 NEGARA SERTAI FESTIVAL BUDAYA UniSZA 2017

05.03 FUPL Cultural Festival 16 Kuala Nerus: Lebih 1000 pengungjung hadir memenuhi Dewan Al Muktafi Billal Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersempena Festival Budaya UniSZA 2017 yang berlangsung semalam. Program yang berlangsung selama satu hari itu menghimpunkan pelajar-pelajar yang mengambil Bahasa Asing dari negara China, Jepun, Thailand dan Vietnam serta penyertaan dari pelajar antarabangsa UniSZA.

Pengarah Program, Prof. Dr. Ramli Abdullah, berkata festival tahunan itu adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan pengetahuan Bahasa asing yang mereka ambil dan memahami dalam situasi sebenar.

"Kita juga megadakan festival ini untuk memperkenalkan Bahasa Asing serta budaya dari empat buah negara kepada pengunjung yang hadir melalui permainan tradisional, makanan tradisi, persembahan kebudayaan, pakaian dan pameran”.  “Dengan adanya program ini, kita telah mewujudkan persekitaran antarabangsa yang mesra dalam kalangan pelajar yang mengambil Bahasa asing,” katanya selepas merasmikan Festival Budaya UniSZA 2017 itu.

Turut hadir, Pengarah Pusat Antarabangsa, Cornelius Anuar Abdullah McAfe dan Pengarah Institut Kongzi, Prof Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris. Sementara itu, pelajar Bahasa Jepun, Roslina Ahmad Daud, berkata program yang penuh dengan pengisian persembahan kebudayaan dan keunikan masyarakat dari empat negara itu seharusnya dijadikan acara tahunan kerana ianya mendapat sambutan yang amat meriah dan banyak memberi pengetahuan tentang Bahasa asing.

“Saya akan belajar menguasai Jepun dan bertutur lebih mendalam lagi bahasa ini. Saya berharap agar lebih ramai pelajar dari UniSZA yang lain turut mempelajari bahasa yang indah ini,”. “Melalui festival ini juga, saya dapat mendalami pelbagai budaya serta menambah pengetahuan tentang bahasa dari negara China, Vietnam, Thailand dan Jepun,” katanya.

05.03 FUPL Cultural Festival 9 05.03 FUPL Cultural Festival 6   05.03 FUPL Cultural Festival 3

Cetak E-mel