SYAZWAN WAKIL UniSZA KE LONDON

syaz11 Kuala Nerus: Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merangkap Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Nursyazwan Zainudin terpilih sebagai salah seorang daripada 18 Orang Pemimpin Mahasiswa seluruh Malaysia ke Global Leadership Programme anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Program selama 10 hari bermula 7 April itu diketuai oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin bertempat di Universiti Oxford dan Bandar London.

Syazwan ketika ditemui berkata, beliau begitu bersyukur dan berterima kaish kerana terpilih serta diberi peluang untuk meyertai program itu yang bertepatan dengan Lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) kearah melahirkan mahasiswa yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.

“Sepanjang di sana, kami telah telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran berkenaan dengan ciri-ciri kepimpinan global, Budaya keusahawanan Malaysia-UK, Sistem pendidikan tinggi, hak asasi manusia, dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang disampaikan oleh ahli akademik Profesional dan Konsultan di Universiti terkemuka dunia tersebut”

“Malah, semua pemimpin pelajar turut diberi peluang merasai sendiri pengalaman di Universiti Oxford atau ‘’Oxford Experience’’ dan berbincang bersama Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Oxford (OUSU) serta berdiskusi bersama Pelajar Malaysia di United Kingdom,” katanya yang juga merupakan Tokoh Siswa UniSZA 2016.

Tambahnya lagi, beliau turut berpeluang melawat Parlimen UK untuk mempelajari sistem demokrasi negara berkenaan.

Menurut Syazwan, kunjungan hormat bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi turut dilakukan dan telah memberi kesan kepada pemimpin mahasiswa mengenai peranan besar Malaysia dalam membantu UK termasuk pelaburan, pembuatan dan sektor pendidikan.

“Semua delegasi turut diberikan pengetahuan berkenaan dengan kaedah perlaksanaan ‘’Industrial Year’’ atau ‘’Gap Year’’ yang bakal mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam masa terdekat”

“Alhamdulillah, ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini telah melatih diri saya untuk menjadi seorang masyarakat yang dapat menyumbang kepada pembangunan Agama, Bangsa dan Negara,” katanya. 

syaz22   syaz33   syaz44

CetakE-mel