• Utama
  • Berita@UniSZA
  • LAWATAN DAN PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) DAN UNIVERSITAS INDONESIA (UI)

LAWATAN DAN PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) DAN UNIVERSITAS INDONESIA (UI)

hanisa11 9 April 2017 (Ahad) – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat, i-CODE telah menerima kunjungan daripada Universitas Indonesia (UI) bagi membincangkan kerjasama dua hala antara kedua Universiti. Program ini telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Senat, Bangunan Pentadibiran UniSZA, Kampus Gong Badak.

Lawatan Universitas Indonesia (UI) diketui oleh Dekan Fakulti Farmasi, Dr. Mahdi Jufri, M.Si., Apt., ditemani oleh Ketua Program Profesi Apoteker, Dr. Hayun, M.Si., Apt, dan Ketua Program Studi Sarjana Farmasi, Dr. Sutriyo, M.Si. Apt. serta disambut mesra oleh Naib Canselor UniSZA, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abd. Latif, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Y. Bhg. Prof. Dr. Ir. R. Badlishah Ahmad, Pengarah i-CODE, Y. Brs. Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff, Timbalan Pengarah i-CODE, Y. Brs. Prof. Dr. Nasir Mohammad, Dekan-dekan Fakulti serta Pengarah Institut.

Kedua-dua pihak berhasrat untuk untuk mengambil langkah yang perlu untuk menggalakkan dan meningkatkan kerjasama dalam beberapa perkara seperti mobiliti pelajar, penyelidikan, pengkomersialan produk, persidangan dan lain-lain bidang kerjasama yang boleh dipersetujui bersama ahli yang turut hadir.

Selepas perbincangan, deligasi daripada Universitas Indonesia (UI) dibawa untuk melawat Bangunan Fakulti Perubatan dan beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Kuala Terenggan. Jawatankuasa program merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penaja dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

hanisa22   hanisa33

CetakE-mel