SRM UniSZA TURUN PADANG BANTU GELANDANGAN

srm44 Kuala Lumpur : Seramai 39 ahli Sekretariat Rakan Muda Universiti Sultan Zainal Abidin (SRM UniSZA) menyertai program Tautan Kasih yang bertempat di Kaki Lima Tune  Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Program dengan kerjasama Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) itu diadakan bertujuan untuk membantu  golongan gelandangan yang tiada tempat bergantung dan mendekatkan diri mahasiswa bersama masyarakat yang terbiar serta memberi pengalaman berguna kepada para  mahasiswa.

Pengarah Program, Nor Sakinah Mohamad, berkata golongan sasaran bagi program iyu adalah dalam kalangan gelandangan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Antara bantuan yang diberikan adalah makanan, pakaian terpakai, kain batik dan kain pelikat, lampin pakai buang, selipar dan tuala wanita “Selain itu, kita juga turut mejalankan aktiviti bersama kanak-kanak Rohingya di School Education Garden, Jalan Puteri, Puchong dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan daripada kanak-kanak di sekolah tersebut” katanya ketika ditemui.

Menurut Sakinah, pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program antaranya sukaneka, membuat origami dan senamrobik. “Alhamdulillah, program ini telahmemberikan impak yang besar terhadap mahasiswa UniSZA dalam membangunkan kemahiran insaniah dan memupuk sikap prihatin pada golongan yang kurang bernasib baik. “Saya harap dengan berlangsungnya program ini, dapat memberikan impak yang positif dan membuka mata masyarakat agar tampil membantu mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Katanya lagi, semoga aktiviti seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang kerana program ini dapat memantapkan sahsiah diri seseorang untuk menjadi manusia yang cinta akan pembabitan diri dalam misi khidmat masyarakat. 

   srm11   srm22   srm33

Cetak E-mel