UniSZA cipta nama di INNOVA, Brussels, Belgium

belgium1 Kuala Terengganu: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah menguruskan penyertaan ke International Exhibition of Innovation, Entrepreneurship and New Technologies (INNOVA), Brussels Belgium pada 13 hingga 15 November 2014. Sebanyak lima (5) produk UniSZA telah dipertandingkan dan berjaya memenangi pingat untuk semua penyertaan termasuk satu (1) anugerah khas.

Dua (2) pingat emas yang dimenangi ialah daripada Azrul Amri Jamal daripada Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) bagi projek iWheel Chair dan Addy Putra Md Zulkifli daripada Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kejuruteraan (FSTK) bagi projek Hydryver (Hyperhidrosis Patient). Manakala tiga (3) pingat perak yang bejaya dirangkul iaitu EZ – Arabic for Children : A Virtual Learning Resource Tool for Primary School yang dihasilkan oleh Mohd Firdaus Yahaya daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Snail Shoes Dryer (SSD) Nor Ziratul Aqma Norazman, Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kejuruteraan (FSTK) dan Nobuzz Lamp juga daripada Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kejuruteraan (FSTK) yang dihasilkan oleh Shahrul Anuwar Mohamed Yusof.Projek EZ – Arabic for Children : A Virtual Learning Resource Tool for Primary School juga berjaya memenangi Anugerah Khas INNOVA 2014, Prize of Idea Monopoly (Belgium).

Pameran yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Belgium. Lebih daripada 300 ciptaan dipertandingkan pada tahun ini yang menyaksikan penyertaan dari syarikat, institusi, universiti dari lebih 20 buah negara. Penglibatan dalam pameran ini amat penting kerana ia menjadi pemangkin bagi memasarkan produk dan mempamerkan kreativiti penyelidikan serta mempromosi UniSZA di persada  antarabangsa. Pihak CRIM mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Cetak E-mel