Koperasi Siswa UniSZA menang RM 2000

Petaling Jaya: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menganjurkan Pertandingan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah dan Koperasi Siswa Peringkat Kebangsaan 2014 yang berlangsung di Maktab Koperasi Malaysia(MKM) Petaling Jaya.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Y.A.B Dato' Hasan Malek itu turut disertai beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) antaranya Koperasi Siswa UniSZA Terengganu Berhad, Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad, Koperasi SiswaUPSI Perak Berhad, Koperasi Politeknik Arau Perlis Berhad dan Koperasi Seberang Jaya Pulau Pinang Berhad.

Pada majlis berkenaan, pelbagai anugerah telah dipertandingkan antaranya ialah pengurus projek terbaik, pensyarah pembimbing terbaik dan anugerah persembahan terbaik.

Koperasi Siswa UniSZATerengganu Berhad telah meraih tempat ke-3 dari kategori anugerah persembahan terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah sijil trofi dan wang tunai sebanyak RM2000.

Cetak E-mel