PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN: PERAKAUNAN PRAKTIKAL, PERCUKAIAN DAN PENGAUDITAN

boleh2 Kuala Terengganu: Pada 15 hingga 18 Oktober 2014 bertempat di Merang Suria Resort, Setiu, Program Kebolehpasaran Graduan: Perakaunan Praktikal, Percukaian dan Pengauditan Kali 1/2014 telah dijalankan dengan kerjasama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Seramai 146 pelajar yang terdiri daripada pelajar jurusan Perakaunan UniSZA, UMT, UKM, dan UPM telah menyertai program ini serta diiringi oleh pegawai universiti masing-masing.

Program ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahun akhir program ijazah atau diploma Perakaunan terutama mereka yang mempunyai keputusan akademik yang kurang baik atau kurang keyakinan untuk menceburi bidang perakaunan, pengauditan atau percukaian sebagai kerjaya selepas menamatkan pengajian di universiti dan menyediakan graduan yang mampu membuka perniagaan sendiri dalam bidang yang berkaitan dengan perakaunan, pengauditan dan/atau percukaian.

Pelajar yang menamatkan program ini dengan jayanya akan diberikan sijil penyertaan.

Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat memberi peluang kepada pelajar universiti yang terlibat bagi memperkasakan lagi ilmu serta peningkatan pengetahuan perakaunan praktikal akan membolehkan mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan dengan lebih yakin.

boleh1

Cetak E-mel