Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar UniSZA dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Kursus Pengurusan Sumber Manusia Siri 1 (Cuti Dalam Perkhidmatan & Persaraan). Kursus ini bertujuan memberikan pemahaman yang tepat mengikut pekeliling dan surat edaran yang telah dikeluarkan oleh pihak JPA. Maklumat kursus adalah sebagaimana ketetapan di bawah:

Tarikh/ Hari : 29 & 30 April 2024 (Isnin & Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 04.30 petang
Tempat : Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak
Yuran : RM100.00 termasuk makan tengah hari (tidak termasuk penginapan)

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 21 April 2024 (Ahad). Pendaftaran penyertaan boleh dibuat di pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdtZ3CADioJDhbIJkryTWMmrutnwWACAt1klCJwZe91UoRSLA/viewform

Maklumat dan keterangan kursus adalah seperti di bawah:

https://drive.google.com/file/d/1jSk15jmHfn_AIVfejhN53dtsgcGxQQxf/view?usp=drivesdk

Sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat di talian:

i. Puan Noor Faidza @ Khairani binti Mohd Mokhtar 013-9382888
ii. Puan Nik Nur Adina Syafiqah binti Nik Zakaria 011-65255339
iii. Encik Khairul Ikhwan bin Rozi 018-3787336

Sekian, terima kasih.