UNISZA DAN IJN METERAI MOU, BAKAL BUKA PUSAT PERUBATAN JANTUNG DI TERENGGANU

WhatsApp Image 2021 04 01 at 4.10.03 PM 1DSC 1069 1 1DSC 9750

 

UNISZA DAN IJN METERAI MOU, BAKAL BUKA PUSAT PERUBATAN JANTUNG DI TERENGGANU

 

Kuala Nerus - Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Terengganu bakal menawarkan rawatan kepada pesakit kardiovaskular di negeri-negeri di pantai timur melalui kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN).

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata kerjasama yang dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) itu hari ini antara lain bagi membolehkan IJN berkongsi teknologi dan kepakaran dengan UniSZA serta mengadakan kajian dalam bidang kardiologi.

“Bagi IJN, ini adalah peluang untuk melebarkan sayap ke pantai timur dan ia akan memanfaatkan penduduk di Kelantan dan utara Pahang yang memerlukan perkhidmatan daripada IJN dengan masa perjalanan yang lebih singkat.

Antara peluang lain ialah pemindahan pengetahuan dalam program pembangunan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan pembangunan teknologi kardiologi dalam Malaysia dan boleh diperluaskan menerusi Asia dan antarabangsa serta pelan pengganti untuk UniSZA  menghasilkan pakar bedah terkemuka dalam kardiologi,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika majlis menandatangani MoU antara UniSZA dan IJN di sini, hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang bagi pihak UniSZA manakala IJN diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Holdings Sdn Bhd Dr Aizai Azan Abdul Rahim dan disaksikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

# # #

Print Email

Bidaan No Plat Khas UniSZA bermula hari ini

DSC 9673DSC 9750DSC 9782
DSC 9722

Bidaan No Plat Khas UniSZA bermula hari ini

Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan nombor plat khas kenderaan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata UniSZA antara universiti awam terawal mengemukakan permohonan bagi penjualan nombor pendaftaran khas bagi usaha menjana dana untuk penjanaan pendapatan universiti.

“Sesi pertama bidaan nombor pendaftaran khas ‘UniSZA’ dibuka bermula hari ini sehingga 26 Mac bagi nombor pendaftaran bermula 1 hingga 9,999 sahaja.

“Mereka yang membida pada harga paling tinggi pada nombor yang dipilih akan diumumkan sebagai berjaya dalam proses itu,” katanya  dalam program Sembang Pagi UniSZA, hari ini, sebelum merasmikan majlis Pelancaran Nombor Pendaftaran Khas UniSZA, di perkarangan Canselori UniSZA.

Inisiatif penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas itu selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang menawarkan Plat Kenderaan Khas Universiti Awam

Menurut Prof Hassan Basri, pihak UniSZA turut mendapat kelulusan dari MOT untuk menggunakan rekabentuk tulis “UniSZA” sebagaimana bentuk sambutan 40 tahun UniSZA.

“Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) UniSZA akan menyediakan perkhidmatan mencetak plat kenderaan dengan rekabentuk tersebut yang menggunakan teknologi laser”, katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri (P4P) UniSZA, Prof Dr. Ahmad Shukri Yazid, berkata, terdapat empat kategori no.plat kenderaan khas UniSZA iaitu Bernilai Utama, Menarik, Popular dan Semasa.

“Pihak UniSZA mensasarkan kumpulan sasaran bagi projek ini ialah staf, alumni termasuk dari KUSZA, UDM dan UniSZA, pelajar dan orang awam”

“Apa yang menariknya, sesiapa yang membeli nombor plat UniSZA ini akan berpeluang memenangi cabutan bertuah dan mendapat diskaun jika membeli kereta dengan syarikat tertentu”, katanya.

# # #

Print Email

24 pesara UniSZA diraikan di Majlis Jasamu Dikenang

1DSC 7547DSC 7549


24 pesara UniSZA diraikan di Majlis Jasamu Dikenang

Kuala Nerus : Seramai 24 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah bersara pada tahun 2020 telah diraikan  pada Majlis Jasamu Dikenang, di Dewan Perdana, hari ini.

Majlis yang berlangsung secara ringkas dan mengikut SOP itu turut dihadiri Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Beliau dalam ucapannya memberitahu pesara UniSZA diberi kebenaran untuk masuk ke kampus dan boleh menggunakan sebarang kemudahan dan fasiliti seperti perpustakaan, gimanasium dan laman selera.

Pesara yang diraikan menerima sumbangan cenderahati dari UniSZA iaitu plak, jam dinding, kain tenun dan al-Quran tafsir yang disampaikan oleh Naib Canselor.

Majlis anjuran Pejabat Pendaftar diadakan setiap tahun bagi meraikan kakitangan yang telah mencurah bakti dan bertugas penuh setia sepanjang berkhidmat di UniSZA.

Warga UniSZA mengucapkan terima kasih dan jasa kalian sentiasa dikenang.

 

# # #

Print Email

More Articles ...