Berita

40 KAKITANGAN PEJABAT PENDAFTAR KIBAR JALUR GEMILANG DI PUNCAK BUKIT MARAS

dere2Kuala Nerus Seramai 40 kakitangan  Pejabat Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai ekspedisi mendaki Bukit Maras, di sini sambil membawa jalur gemilang dan mengibarkannya di puncak sempena Hari Kebangsaan yang ke-61.

Eksepidisi mendaki bukit yang berketinggian 330 meter itu merupakan ajuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabar Pendaftar (KRESTAR), UniSZA.

Penolong Pendaftar, Mohd Faizal Ibrahim, berkata pihaknya melakukan kelainan menyambut hari kemerdekaan negara kali ini dengan cara mengajurkan aktiviti mendaki Bukit Maras

Katanya, walaupun ada yang belum pernah mendakit bukit itum setiap peserta gembira dan berpuas hati sebaik berjaya sampai ke puncak.

“Peserta yang mendaki bukit juga menunjukkan rasa tanggungjawab mereka terhadap negara yang tercinta dengan menyertai program ini sekaligus memupuk kesedaran dan semangat patriotism”

“Selain itu, peserta juga turut membawa ahli keluarga masing-masing menyertai pendakian ini sebagai aktivti sihat dan dapat mengeratkan silaturrahmi dalam kalangan staf dan keluarga”, katanya.

 dere3 dere4 der1

Print Email

DR MASZLEE RASMI MAJLIS PENUTUP PROGRAM MOBILITI PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS

YBMPutrajaya: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik merasmikan Majlis Penutup Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris yang dihadiri pelajar Turki bertempat di Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Dalam majlis berkenaan, Dr Maszlee Malik yang diiringi Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif telah disajikan dengan persembahan dikir barat daripada pelajar Turki.

Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris (EIM) tersebut dianjurkan oleh UniSZA dengan kerjasama Yayasan Belia Turki (TYF). Sebanyak 43 orang pelajar dari 35 universiti di Turki menghabiskan masa selama sebulan menghadiri kelas dan mendalami budaya Malaysia di Terengganu pada tahun ini.

Menteri Pendidikan, berkata program EIM tersebut menawarkan manfaat yang meluas kepada para pelajar yang tidak hanya berminat untuk mempelajari bahasa baru, tetapi juga ingin  mendapatkan pengalaman yang lebih luas sekaligus mempelajari pelbagai perspektif dan nilai budaya yang berbeza.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan majlis penutup Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris (EIM) dengan pelajar Turki semalam.

Print Email

BENGKEL OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)

obe1Kuala Nerus, Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran (AQeL) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Bengkel Outcome Based Education (OBE) UniSZA pada 24 hingga 25 Julai 2018, bertempat di Dewan Seminar AQeL.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Ir. Dr. Shahrir bin Abdulah, President of the Malaysian Higher Educatioan institutions Quality Assurance Network (MyQAN) serta merangkap Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 30 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Task Force (OBE) UniSZA dan Penyelaras Jaminan Kualiti semua fakulti.

Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi latihan berkaitan OBE kepada staf akademik (staf AQeL, ahli Jawatankausa Task Force OBE UniSZA dan semua Penyelaras Jaminan Kualiti Fakulti) dalam memastikan kurikulum pengajian terus kekal releven dengan perkembangan semasa serta memastikan perlaksanaan kurikulum berteraskan OBE dapat diterapkan ke semua fakulti dengan penglibatan dariapada semua pensyarah dan pelajar.

Dengan kehadiran dan kerjasama dari semua peserta diharapkan bengkel ini mencapai objektif yang telah dirancang serta dapat mempertingkatkan lagi kualiti Pengajaran dan Pembelajaran para pensyarah UniSZA khususnya.

obe2

Print Email

Karnival Siswapreneur @ UniSZA 2018 Siri I

Program Flagship Keusahawanan: Karnival Siswapreneur@UniSZA 2018 Siri I ini merupakan inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk memastikan mahasiswa kursus MPU 32092: Asas Pembudayaan Keusahawanan mendapat kesedaran dan pengalaman pembelajaran keusahawanan semasa pengajian di Universiti.

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menyiapkan diri secara holistik dan meningkatkan peluang graduan untuk memulakan langkah sebagai usahawan siswa dan menkomersialkan produk. Selain itu, ia bertujuan untuk menyebarkan maklumat kepada pelajar mengenai peluang keusahawanan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi dan industri. 

Program kerjasama diantara Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) bersama Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Mahadzirah binti Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) pada 5 - 6 Mei 2018 (Sabtu & Ahad) bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah.

Penilai program ini terdiri daripada pihak industri serta  penilai dalaman UniSZA. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut adalah Pameran & Jualan Produk Pelajar dan pelbagai Pentaksiran HIEPs yang dibuat melalui pameran Real Business Challenge, Business Model Canvas, Kertas Kerja Rancangan Perniagaan, Penilaian Produk dan Penilaian Industri.

Program ini akan dijalankan setiap tahun bagi membentuk pelajar holistik, membuka  peluang pelajar untuk memulakan langkah sebagai usahawan siswa selain membantu mengkomersialkan produk dan mewujudkan ekosistem ‘experiential learning’ kepada mahasiswa MPU 32092: Asas Pembudayaan Keusahawanan berdasarkan modul yang dilancarkan oleh KPT.

Dengan adanya program ini diharapkan pelajar dapat mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK/CLO) 2:, menghasilkan idea keusahawanan yang kreatif dan inovatif dan HPK/CLO 3:, merancang dan melaksanakan projek/aktiviti keusahawanan. Program ini pada dasarnya telah berjaya mencapai objektif amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) KPT iaitu penguasaan kemahiran insaniah dalam Projek dan Tugasan Kolaboratif (Collaborative assignments and project). Ini dinilai melalui pelajar yang bekerja secara berkumpulan dan menyelesaikan masalah bersama.

Print Email

“Chinese Bridge” Competition 2018 in Malaysia

kakas2 2“Chinese Bridge” Competition 2018 in Malaysia was held on 5th May 2018 at Kong Zi Institute of University of Malaya. “Chinese Bridge” Competitions are organised by Confucius Institute Headquarters (Hanban) in Beijing and held every year by the Kong Zi Institutes or Kong Zi Classrooms and Chinese embassies and consulates in different countries. Since 2002, this competition has been a very important platform for students from different countries to learn more about China and build a communication bridge between the youth in China and those who come from countries all around the world. 

On 5th May, Director of culture from Chinese Embassy and Foreign Leader of Kong Zi Institute of UM made speeches to encourage all the competitors and foreign students to learn more about China and Chinese culture. This year, there were totally 31 competitors who attended the competition and two students from UniSZA, Wan Nur Anis Amirah Binti Wan Johari from Faculty of Informatic & Computing and Nur Amira Batrisyia Binti Mahadzir from Faculty of Languages & Communication , competed and got No. 17 and No. 1 after drawing in the morning. The competition included two parts, the Chinese speech and the talent show. After the rat race, both of them won the participation award.

This is the first time for students from UniSZA to take part in “Chinese Bridge” competition. The competition is such a good chance for them to gain knowledge about China and the differences between Chinese culture and Malaysian culture through this event.


kakas2 1

Print Email