Kampus Universiti Sultan Zainal Abidin
Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) mempunyai tiga kampus iaitu ;
- Kampus Gong Badak (Kuala Nerus)
- Kampus Perubatan (Kuala Terengganu)
- Kampus Besut (Besut)
KAMPUS GONG BADAK Universiti Sultan Zainal Abidin Tel : 09-668 8888
|
KAMPUS PERUBATAN Universiti Sultan Zainal Abidin Tel : 09-668 8888 |
KAMPUS BESUT Universiti Sultan Zainal Abidin
|
Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak memfokuskan kepada pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu konvensional. Manakala Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Perubatan menawarkan program dalam bidang Kesihatan Bersekutu dan Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut pula akan dibangunkan dengan 'niche' dalam bidang pertanian seperti bio-teknologi pertanian dan lain-lain kursus yang berkaitan. Kursus-kursus yang ditawarkan ditiga kampus berkenaan tidak akan bertindih dan mempunyai pengkhususan bidangnya tersendiri. Kursus-kursus yang ditawarkan di ketiga-tiga kampus di atas tidak akan bertindih dan masing-masing akan mempunyai kepakaran tersendiri.