• Home
  • Berita
  • UniSZA lancar Apps MyBahagia, kursus pra perkahwinan secara dalam talian

UniSZA lancar Apps MyBahagia, kursus pra perkahwinan secara dalam talian

005

 

Kuala Nerus - Kursus pra-perkahwinan secara konvensional telah tertangguh lama akibat penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan kursus secara konvesional semasa pasca COVID-19 bertambah sukar bagi memastikan norma baharu dipatuhi.

Atas dasar tersebut, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah membangunkan MyBahagia, iaitu pelantar serta kandungan modul pra perkahwinan yang interaktif serta menarik kepada pengguna sebagai persediaan perkahwinan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata untuk mencapai objektif kursus seperti penghayatan ajaran Islam, pendedahan tentang pengurusan kehidupan, kesedaran tentang tanggungjawab dan kewajipan sebagai suami isteri hanya boleh dicapai melalui pembelajaran.

“Pembelajaran boleh berlaku secara bersemuka atau secara dalam talian dan pembelajaran abad ini telah berubah kepada penggunaan telefon pintar menerusi aplikasi secara dalam talian.

“Pelaksanaan kursus pra perkahwinan secara dalam talian dilihat sebagai alternatif terbaik kepada perserta dan pihak penganjur”, katanya.

Sementara itu, ketua projek MyBahagia, Prof. Madya Ts. Dr. Mokhairi Makhtar berkata pihak penganjur juga boleh menggunakan MyBahagia untuk melaksanakan kursus pra-perkahwinan secara dalam talian yang dilengkapkan dengan modul digital berasaskan MBKPI daripada JAKIM.

“Melalui MyBahagia, proses pembelajaran secara dalam talian sangat mudah dan efisien.

“Dengan pengunaan telefon pintar, peserta boleh mengikuti kursus pra perkahwinan sepanjang masa dan di mana sahaja dengan penggunaan data internet yang minimum”,katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, keunikan MyBahagia adalah dari segi model pembelajaran; kandungan digital yang dibangunkan oleh pakar bidang Pengajian Islam, Pakar Perubatan, Pakar Kewangan Islam,  Pakar Undang-undang Islam dan Pakar Teknologi Maklumat dari UniSZA.

“Pelantar ini juga dilengkapkan dengan sijil yang menggunakan teknologi blockchain bagi mengesahkan ketulinan maklumat sijil. Semua maklumat sijil peserta di encrypt dan di simpan di dalam private blockchain bagi memastikan ia tidak dapat digodam atau dipalsukan”

“Selain itu, pihak penganjur boleh menguruskan penganjuran dan maklumat peserta kursus dengan bersistematik melalui modul pengurusan yang disediakan”, katanyua.

Katanya lagi, bagi meningkatkan tahap kebolehpercayaan identiti peserta, pihak penganjur juga boleh mengesahkan maklumat peserta; menyemak keputusan latihan pengukuhan dan tugasan ringkas peserta; serta mengadakan temuduga ringkas secara dalam talian.

. 005 002 004

Print Email