• Home
  • Berita
  • 14 Pelajar UniSZA Bantu Komuniti Muslim Di Chiang Mai, Thailand

14 Pelajar UniSZA Bantu Komuniti Muslim Di Chiang Mai, Thailand

WhatsApp Image 2019 11 03 at 15.33.48 Kuala Nerus – Seramai 14 pelajar Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) termasuk seorang pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program khidmat komuniti di Chiang Mai, Thailand

Program selama 7 hari bermula 27 Oktober itu adalah khudmat komuniti kepada penduduk terpencil kumpulan minoriti muslim di Chiang Mai yang mempunyai 100 buah keluarga berjumlah 300 penduduk.

Pensyarah FBIM, Prof. Madya Dr.Kamarul 'Ain Mustafa, berkata lokasi kependudukan penduduk muslim tersebut lebih kurang 27 km daripada bandar Chiang Mai Thailand. 

“Penduduk di sana hanya ada sebuah masjid dan sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan walaupun bangunan itu tidaklah begitu besar tetapi memadai untuk  merealisasikan tempat pembelajaran anak-anak mereka”

“Bangunan ini akan dijadikan sebagai pusat kegiatan kebersamaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing bagi menjana pendidikan mampan kepada komuniti setempat ke arah penghayatan islam yang syumul”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, pembinaan bangunan berkenaan masih memerlukan sumbangan besar daripada orang ramai.

“Alhmadullilah, kami semua berkesempatan menjalankan beberapa aktiviti membersihkan kawasan masjid dan persekitaran tempat berkenaan dan menyusun atur keperluan terhadap tempat pembelajaran untuk para pelajar penduduk berkenaan”

“Kami juga turut menyampaikan sumbangan derma kecil kepada pemimpin sekolah tersebut”, katanya.

Beliauh berharap, kegiatan seumpama itu memberikan satu pendedahan yang besar kepada para pelajar UniSZA terhadap pentingnya pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang merupakan nadi dan tunggak peradaban sesebuah bangsa.

WhatsApp Image 2019 11 03 at 15.33.472 WhatsApp Image 2019 11 03 at 15.33.471 WhatsApp Image 2019 11 03 at 15.33.47

Print Email