• Home
  • Berita
  • 3,474 Graduan UniSZA Dirai Di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Kali Ke-11

3,474 Graduan UniSZA Dirai Di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Kali Ke-11

WhatsApp Image 2019 10 15 at 16.24.38 KUALA NERUS - Seramai 3,474 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-11 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang empat hari bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 61 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, 102 graduan sarjana, 1,992 sarjana muda dan 1319 graduan dianugerahkan diploma masing-masing

Istiadat pembukaan majlis berkenaan disempurnakan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA. Turut berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar; Pegawai Kewangan negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.


UniSZA menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands (M) Holdings Berhad yang juga ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Dato' Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil sebagai penghargaan di atas sumbangan beliau.

Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh dua orang graduan iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan kepujian, Mohd Aswan Mohd Amin, 24 dan Wan Alif Asyraf Wan Nor Ruddin, 24, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan kepujian.

  WhatsApp Image 2019 10 15 at 16.24.39 WhatsApp Image 2019 10 15 at 16.24.391

Print Email