UniSZA, UA Pertama laksana Kempen My Debit

WhatsApp Image 2019 10 02 at 17.10.57 KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi Universiti Awam (UA) pertama yang dipilih oleh Payments Network Malaysia SDn Bhd (PayNet) untuk pelaksanaan kempen MyDebit di peringkat UA.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata tujuan utama kempen MyDebit itu adalah untuk memupuk kesedaran di samping menggalakkan pengunaan kad MyDebit iaitu kad ATM anda sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai di kalangan para pelajar dan staf di seluruh kampus UniSZA bagi mengurangkan kos dan risiko pengurusan tunai sewaktu pembayaran di kaunter

“Kempen yang dilancarkan ini memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah yang ditawarkan yang keseluruhannya berjumlah RM50,000”, katanya pada Majlis Pelancaran Kempen MyDebit Di UniSZA dan Islamic Finance Carnival 7.0 Peringkat Universiti di Dewan Perdana, Kampus Gong Badak, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Payments Network Malaysia Sdn Bhd, Ybhg. Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh, Bendahari, Shakimah Endut dan Ketua Perbankan Pengguna Bank Islam Malaysia Berhad, Zamree Mohamad.

Menurut Prof Hassan Basri, Kempen Pembayaran Tanpa Tunai Melalui Kad ATM MyDebit  telah bermula pada 1 Ogos 2019 dan akan berakhir pada 31 Januari 2020.

“Saya menyeru agar kemudahan tanpa tunai yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan dibudayakan sepenuhnya oleh semua pihak sepanjang berada di kampus UniSZA.

“Dalam meniti arus permodenan ekonomi digital yang semakin meningkat, akan memerlukan kaedah e-pembayaran yang merupakan komponen kritikal yang boleh meningkatkan produktiviti selain dari lebih cekap, mudah dan selamat”, katanya pada majlis itu.

Katanya lagi, pembudayaan masyarakat tanpa tunai bermula dari sedikit usaha dari diri kita dalam melakukan perubahan untuk untuk jangka panjang dan ini juga merupakan satu kelebihan kepada kita selaku warga UniSZA dalam mencipta sinergi bagi mengorak langkah ke arah perubahan warga UniSZA tanpa tunai.

WhatsApp Image 2019 10 02 at 17.10.56

Print Email