• Home
  • Berita
  • FPP anjurkan Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria Di Turki

FPP anjurkan Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria Di Turki

WhatsApp Image 2019 08 12 at 12.20.301 11 Ogos 2019 - Sekumpulan pelajar daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan ibadah Korban & Aqiqah di Istanbul, Turki sempena dengan program solidariti kemanusiaan pelarian syria di Turki. Program tersebut yang disertai seramai 27 orang pelajar, 2 orang pensyarah dan 1 orang pegawai pengiring ini, bermatlamat bagi menyantuni pelarian syria di Turki. Menurut Pengarah program, saudara Muhammad Fadhil Bin Mohd Sobri,

"Aktiviti korban dan Aqiqah yang dijalankan ini merupakan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang menyumbang melalui pembelian bahagian lembu dan kambing di tabung solidariti kemanusiaan pelarian syria di sini. Tambah beliau lagi, sebanyak 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing berjaya dikumpul oleh pasukan Syriacare UniSZA,dengan bantuan bersama dengan rakan NGO kita di sana, Malaysia Friendship Association (MFA)."

Di samping itu, program tersebut juga bermatlamat untuk meraikan saudara sesama muslim kita di sana bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha. Oleh sedemikian, kehadiran team Syriacare UniSZA dapat serba sedikit mengurangkan walaupun sedikit beban kehidupan mereka. Menurut rakan NGO kami yang bertugas di sana,tempat golongan pelarian Syria yang kami pergi di Turki merupakan kawasan perumahan setinggan yang hanya berbumbungkan atap zink dan sesetengahnya tidak mempunyai tempat tinggal. Walaupun kehadiran kami di sana adalah swaaktu musim panas, keadaan mereka akan jauh lebih teruk ketika tibanya musim sejuk. Tambah mereka lagi, rata-rata pelarian Syria di sana hanya dapat merasa daging sekali sahaja dalam setahun andai kata bertuah.

Pada hari ini merupakan hari yang ke-lima team Syriacare UniSZA berada di Istanbul Turki. Melalui aktiviti korban dan Aqiqah yang dijalankan di sini, seramai 200 keluarga pelarian Syria di Istanbul telah diedarkan daging korban dan Aqiqah, dan lebih daripada 50 buah keluarga telah disampaikan sumbangan barang keperluan harian daripada seluruh rakyat Malaysia. Team syriacare UniSZA juga mengharapkan doa dan sokongan berterusan daripada seluruh rakyat Malaysia agar keselamatan mereka pergi dan pulang dalam keadaan yang baik serta mendoakan misi penjalanan mereka ke Izmir, Turki pada keesokan harinya sentiasa dalam peliharaan Illahi.

WhatsApp Image 2019 08 12 at 12.20.30 WhatsApp Image 2019 08 12 at 12.20.31 WhatsApp Image 2019 08 12 at 12.20.302

Print Email