Penyelidik UniSZA Dirai Di Ria 2019

WhatsApp Image 2019 05 06 at 12.52.00 KUALA NERUS - Majlis Anugerah Penyelidikan Dan Inovasi (RIA) 2019 yang berlangsung pada 30 April lalu merupakan majlis diadakan sempena menghargai para penyelidik yang telah memberi sumbangan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Sebanyak 13  anugerah telah disampaikan kepada penerima dan dua anugerah utama turut diperkenalkan iaitu Anugerah Penyelidik Terbaik dan Anugerah Al-Farabi buat julung kalinya.

Anugerah Penyelidik Terbaik dianugerahkan kepada Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) atas pencapaian paling tinggi telah diberikan oleh beliau serta pencapaian cemerlang dalam penyelidikan dan juga inovasi sepanjang tahun 2018.

Anugerah Piala Al-Farabi pula berjaya dibawa pulang oleh Institut Penyelidikan Alm Sekitar Pantai Timur (ESERI) kerana menunjukkan prestasi yang amat cemerlang terutamanya dari segi output penyelidikan dan inovasi secara keseluruhan, serta menjadi penyumbang utama kepada pemarkahan MyRA dan QS Rating.

Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

WhatsApp Image 2019 05 06 at 12.51.59 WhatsApp Image 2019 05 06 at 12.51.591

Print Email