UniSZA Sertai Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi

59640495 2131897903595444 5263972915103137792 n Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi ke 22 tahun 2019 telah melabuh tirainya pada 27 April 2019 bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kejohanan ini adalah merupakan kejohanan tahunan peringkat nasional yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaya.

Majlis perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato Dr. Mohd Jamil Maah, Pengarah Pusat Asasi Sains UM dan turut diiringi adalah Guru Utama Silat Cekak Hanafi Malaysia, Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan Setiausaha Lembaga Pelajaran & Tatatertib Silat Cekak Hanafi Malaysia.

Menarik kali ini, kejohanan teleh mendapat sambutan yang menggalakkan seluruh malaysia yang mana 11 pasukan IPT, 9 Sekolah Menengah dan 5 Cawangan Negeri yang mana seramai 659 peserta yang menyertai kejohanan ini.
Penat lelah Pasukan Silat Cekak Hanafi UniSZA kali ini telah membuahkan hasil yang lebih memberangsangkan dari tahun 2018 di Gambang. Kali ini sinar gemerlapan Perak kami rangkul agak banyak dari tahun lepas walaupun tiada kilauan Emas. Malahan juga nasib pasukan wanita UniSZA lebih baik dari pasukan Lelaki UniSZA. diharap pasukan lelaki terus bersemangat cekal bagi membolot medal pada tahun hadapan, Insyallah.

Pasukan Wanita UniSZA telah merangkul 5 medal dari 8 kategori dipertandingkan iaitu ;

1 Gangsa Serangan Sepasang Kaki
1 Gangsa Formasi Buah Jatuh
1 Perak Serangan Umum
1 Perak Serangan di Atas Papan Sekeping
1 Perak Adengan Praktikal/Lakonan buli

Malahan pasukan UniSZA juga telah menghantar pesilat UniSZA menyertai Kategori Cawangan Negeri bagi membolot lebih banyak medal dan Formula ini telah berjaya. Hanya 5 Pasukan cawangan sahaja menyertai seluruh Malaysia dan Pasukan UniSZA telah merangkul 3 perak wanita dalam 3 kategori sahaja dipertandingkan mewakili SCH cawangan negeri terengganu.

1 Perak Serangan Sepasang Kaki
1 Perak Serangan Sepasang Tongkat
1 Perak Serangan Sepasang Pisau

Majlis Penutup berlangsung dengan Gilang Gemilang dengan penyampaian Medal dan Piala Pusingan Juara Keseluruhan iaitu Pasukan KUIS. UniSZA telah mendapat kejutan yang mana pihak Lembaga Pelajaran & Tatatertib Silat Cekak Hanafi telah memilih tuan rumah bagi Kejohanan Wajadiri Nasioanal kali ke 23 tahun 2020 adalah UniSZA sendiri.

Penasihat Silat Cekak Hanafi UniSZA (En. Muhammad Hafiz bin Abdullah) dan YDP Silat Cekak Hanafi Malaysia Cawangan Terengganu (En. Halim bin Che Rose) telah di jemput naik ke pentas bagi menerima bendera Silat Cekak Hanafi Malaysia bagi menyempurnakan Simbolik penyerahan penganjur dan tuan rumah berikutnya. Insyaallah, UniSZA akan menganjurkan kejohanan ini dengan gilang gemilang sempena kali pertama dianjurkan oleh UniSZA dan juga bersempena tahun keramat 2020.

59008879 2131897063595528 1215142794608246784 n  

Print Email