• Home
  • Berita@UniSZA
  • Unit Kaunseling dan Seksyen Kerjaya Anjur Program Promosi Perkhidmatan

Unit Kaunseling dan Seksyen Kerjaya Anjur Program Promosi Perkhidmatan

kaunseling11 Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, HEPA Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus giat mempromosi perkhidmatan mereka iaitu kaunseling individu, kaunseling kelompok dan lain-lain perkhidmatan khidmat nasihat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berada di UniSZA, kampus Besut.

Satu program bertajuk ‘Unit Kaunseling dan Seksyen Kerjaya Bersama Pelanggan telah diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mental melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan Unit Kaunseling. Program dengan motto ‘Kami Bersama Anda’ diadakan agar dapat memberi kefahaman para mahasiswa supaya menjadikan Unit Kaunseling sebagai salah satu unit yang penting untuk mendampingi individu yang memerlukan pertolongan dan memberi keselesaan meluahkan masalah yang wujud.

Perkhidmatan kaunseling sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai masalah, walhal ia juga mampu meningkatkan motivasi diri dan mengubah pemikian terhadap sesuatu perkara. Pandangan negatif terhadap perkhidmatan kaunseling perlu diubah supaya komuniti mahasiswa di kampus lebih terbuka untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan. Program ini telah berlansung selama dua (2)hari bermula 15 -16 April 2019 [Selasa dan Rabu]  dan berjaya menarik 225 penyertaan dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi dengan memeriahkan slot-slot yang telah dirancang. Antara pengisian sepanjang program ialah pendaftaran temujanji sesi kaunseling dan kaunseling kelompok pengendalian Ujian Psikologi dan Kuiz Uji Minda dan sebagainya.

Semoga program iini menjadi salah satu wahana dalam usaha menggerakkan mahasiswa agar memilih Unit Kaunseling dan Seksyen Kerjaya sebagai pusat sehenti komuniti warga kampus melalui pendekatan bersemuka dan luahan dari hati ke hati dengan pihak kaunselor yang bertanggungjawab bagi membimbing mereka menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dan sekaligus mendapatkan makklumat berkaitan pembinaan sahsiah, akademik, kendiri, kepimpinan,kerjaya dan sebagainya.

kaunseling22

Print Email