• Home
  • Berita
  • UniSZA MoU DENGAN TUGVA DAN 3 UNIVERSITI DI TURKI

UniSZA MoU DENGAN TUGVA DAN 3 UNIVERSITI DI TURKI

Turki11 Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Turkey Youth Foundation (TUGVA) dan tiga buah universiti di Turki.

Tiga universiti berkenaan ialah Istanbul Sabahattin Zaim University, Istanbul Sehir University dan Necmettin Erbakan University.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, tujuan MoU berkenaan adalah untuk memperluaskan rangkaian kerjasama antara universiti di Malaysia dan Turki.

“Ini adalah langkah yang proaktif bagi membincangkan bidang akademik, selain penyelidikan dan penerbitan”

"Kita berkongsi idea dan matlamat sama dalam membangunkan negara, yang mana melalui MoU ini kita akan memberi fokus mengenai pertukaran pelajar, pertukaran pensyarah dan perkongsian tenaga pakar”

"Pertukaran kepakaran dan pengalaman tenaga akademik dalam pelbagai bidang berkaitan akan memberikan idea baharu, sekali gus membangunkan UniSZA setanding universiti tempatan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya lagi, kerjasama itu secara tidak langsung akan menjadi komitmen yang tinggi kepada pihak pengurusan UniSZA dalam mempertingkatkan segala ilmu untuk pelajar," katanya.

UniSZA dalam satu kenyataan berkata majlis menandatangani MoU itu diadakan di Turki yang ditandatangani oleh Naib Canselor UniSZA dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr. Mohd Afandi semasa lawatannya ke negara itu.

Turki22 Turki33

Print Email