BENGKEL OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)

obe1 Kuala Nerus, Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran (AQeL) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Bengkel Outcome Based Education (OBE) UniSZA pada 24 hingga 25 Julai 2018, bertempat di Dewan Seminar AQeL.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Ir. Dr. Shahrir bin Abdulah, President of the Malaysian Higher Educatioan institutions Quality Assurance Network (MyQAN) serta merangkap Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 30 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Task Force (OBE) UniSZA dan Penyelaras Jaminan Kualiti semua fakulti.

Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi latihan berkaitan OBE kepada staf akademik (staf AQeL, ahli Jawatankausa Task Force OBE UniSZA dan semua Penyelaras Jaminan Kualiti Fakulti) dalam memastikan kurikulum pengajian terus kekal releven dengan perkembangan semasa serta memastikan perlaksanaan kurikulum berteraskan OBE dapat diterapkan ke semua fakulti dengan penglibatan dariapada semua pensyarah dan pelajar.

Dengan kehadiran dan kerjasama dari semua peserta diharapkan bengkel ini mencapai objektif yang telah dirancang serta dapat mempertingkatkan lagi kualiti Pengajaran dan Pembelajaran para pensyarah UniSZA khususnya.

obe2

Print Email