• Home
  • Berita
  • Karnival Siswapreneur @ UniSZA 2018 Siri I

Karnival Siswapreneur @ UniSZA 2018 Siri I

Program Flagship Keusahawanan: Karnival Siswapreneur@UniSZA 2018 Siri I ini merupakan inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk memastikan mahasiswa kursus MPU 32092: Asas Pembudayaan Keusahawanan mendapat kesedaran dan pengalaman pembelajaran keusahawanan semasa pengajian di Universiti.

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menyiapkan diri secara holistik dan meningkatkan peluang graduan untuk memulakan langkah sebagai usahawan siswa dan menkomersialkan produk. Selain itu, ia bertujuan untuk menyebarkan maklumat kepada pelajar mengenai peluang keusahawanan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi dan industri. 

Program kerjasama diantara Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) bersama Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Mahadzirah binti Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) pada 5 - 6 Mei 2018 (Sabtu & Ahad) bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah.

Penilai program ini terdiri daripada pihak industri serta  penilai dalaman UniSZA. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut adalah Pameran & Jualan Produk Pelajar dan pelbagai Pentaksiran HIEPs yang dibuat melalui pameran Real Business Challenge, Business Model Canvas, Kertas Kerja Rancangan Perniagaan, Penilaian Produk dan Penilaian Industri.

Program ini akan dijalankan setiap tahun bagi membentuk pelajar holistik, membuka  peluang pelajar untuk memulakan langkah sebagai usahawan siswa selain membantu mengkomersialkan produk dan mewujudkan ekosistem ‘experiential learning’ kepada mahasiswa MPU 32092: Asas Pembudayaan Keusahawanan berdasarkan modul yang dilancarkan oleh KPT.

Dengan adanya program ini diharapkan pelajar dapat mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK/CLO) 2:, menghasilkan idea keusahawanan yang kreatif dan inovatif dan HPK/CLO 3:, merancang dan melaksanakan projek/aktiviti keusahawanan. Program ini pada dasarnya telah berjaya mencapai objektif amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) KPT iaitu penguasaan kemahiran insaniah dalam Projek dan Tugasan Kolaboratif (Collaborative assignments and project). Ini dinilai melalui pelajar yang bekerja secara berkumpulan dan menyelesaikan masalah bersama.

Print Email