• Home
  • Berita
  • UniSZA, IKH Meterai Perjanjian Kerjasama Tingkat Peluang Pendidikan

UniSZA, IKH Meterai Perjanjian Kerjasama Tingkat Peluang Pendidikan

IKH1 Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mengorak langkah memperluaskan hubungan dua dengan memeterai perjanjian kerjasama (MoA) dengan Institut Kesehatan Helvetia (IKH).

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, berkata tujuan MoA berkenaan adalah untuk memberi peluang pendidikan sekaligus dapat menjalinkan jalinan kerjasama antara UniSZA dan IKH dalam aspek penyeliaan pelajar dan penyelidikan.

“Menerusi MoA ini, UniSZA telah mencapai kata sepakat dengan IKH bagi memberi peluang pendidikan kepada staf akademik IKH untuk melanjutkan pengajian mereka dengan mendaftar dalam program pascasiswazah yang ditawarkan oleh UniSZA”

 “IKH turut bersetuju untuk hantar kakitangan akademik mereka dan UniSZA juga bersetuju untuk menerima dan mendaftarkan staf akademik IKH dalam bidang Sarjana Sains dan Doktor Falsafah di UniSZA tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian tersebut”, katanya pada sidang media selepas  Majlis Menandatangani MoA antara UniSZA dan IKH di Dewan Senat UniSZA Kampus Gong Badak, di sini.

Pada majlis berkenaan, UniSZA diwakili oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan disaksikan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Nordin Simbak manakala IKH diwakili Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi M. Si serta disaksikan Koordinat Kopertis Wilayah / Sumatera, Prof. Dian Armanto.

Sementera itu, Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi M. Si, berkata, fokus utama MoA ini ialah dari segi kesihatan dan perubatan serta melatih lebih ramai pelajar dari Sumatera dan Sumatera Utara dalam bidang kesihatan memandangkan UniSZA mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

“Setakat ini, UniSZA telah melatih lebih 100 pelajar dari Indonesia dengan 60 orang pada peringkat Doktor Falsafah manakala 23 orang pada peringkat Ijazah Sarjana.

“Kita yakin bilangan pelajar akan terus meningkat dari semasa ke semasa melalui perjanjian kerjasama antara UniSZA dan IKH” katanya,

Katanya lagi, UniSZA dan IKH juga telah bersepakat untuk menganjurkan persidangan antarabangsa yang turut dikenali sebagai International Infection Diseases Conference (IIDC).

“InsyaAllah, gabungan dua negara serumpun ini diharapkan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat serantau namun kepada masyarakat global juga”, katanya.

IKH2   IKH3

Print Email