• Home
  • Berita
  • UniSZA Tandatangani MoA PENYELIDIKAN DENGAN UNAS

UniSZA Tandatangani MoA PENYELIDIKAN DENGAN UNAS

UNAS1 Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) dalam bidang penyelidikan dengan Universitas Nasional Indonesia (UNAS).

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkata,  kerjasama penyelidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun itu adalah merangkumi kajian ke atas tanaman ubat-ubatan dan herba di antara Indonesia dan Malaysia.

“Selain itu, program pertukaran pelajar dan pensyarah antara UniSZA dan UNAS turut dirangka bersama bagi memantapkan aktiviti dalam MoA ini”, katanya pada majlis MoA yang berlangsung di UNAS.

Dalam majlis tersebut, MoA telah ditandatangani oleh Wakil Rektor Bidang Penelitian dan Pengabdian Masyarakat UNAS, Prof. Dr. Ernawati Sinaga, M.S., A. dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad, Dekan FBIM, Prof. Madya. Dr. Khamsah Suryati Mohd dan Dekan Fakultas Ilmu Kesehatan UNAS, Dr. Retno Widowati, M.Si.

Menurut Prof. Dr. Ahmad Zubaidi, MoA yang ditandatangani itu adalah kesinambungan daripada MoU yang telah dimeterai pada 3 November 2015 yang lalu.

“Saya harap dengan termeterainya perjanjian penyelidikan ini, fakulti akan lebih maju ke hadapan dalam usaha untuk memartabatkan misi dan objektif penyelidikan serta  akademik FBIM melalui hubungan antarabangsa dengan universiti luar negara” katanya.

UNAS2   UNAS3

Print Email