UniSZA RANGKUL LIMA PINGAT EMAS DI ITEX 2018

ITEX4 Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya meraih kejayaan 100 peratus dengan meraih lima pingat emas, lapan pingat perak dan tujuk pingat gangsa di Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-29 (ITEX 2018)

Program edisi ke-29 itu merupakan pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang disertai lebih 1,000 penyertaan daripada 22 buah negara dengan tema 'Nyalakan Kreativiti Anda'.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad,  berkata, ia merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan di pameran ITEX 2018 itu.

"Alhamdulillah tahun ini kita berjaya meraih pingat untuk kesemua produk yang dipertandingkan.

“InsyaAllah UniSZA akan berusaha untuk mengetengahkan produk-produk ini ke peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi.

Program yang berlangsung pada 10 - 12 Mei 2018 telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS), Tan Sri Emeritus Professor Dr. Augustine S. H. Ong. di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

ITEX2   ITEX3   ITEX1

Print Email