Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.,

 Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa semakan untuk menduduki Penilaian Online bagi Permohonan Jawatan Kosong UniSZA Sesi 2/2025 kini boleh dibuat secara dalam talian mulai 05 Jun 2025 hingga 14 Jun 2025.

Laman Semakan: https://shorturl.at/thawr

Senarai Jawatan
No JAWATAN (CONTRACT-FOR-SERVICE) GRED
1. PEREKA B9
2. PEGAWAI TADBIR N9
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5

PERHATIAN:

1. Sila isi No Kad Pengenalan tanpa [-] untuk semakan.
2. Sila benarkan popup atau tutup sebarang popup blocker anda sekiranya pdf tidak tertera.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Urus Setia:

i) 09-819 8824/8176 atau pp_hr@unisza.edu.my    

Teknikal:

i) 09-819 8848

 

PERINGATAN PENTING KEPADA PEMOHON:

  1. Mohon semua calon menyemak status penilaian dalam talian dengan kadar segera.
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan semasa membuat permohonan dalam talian pada sistem jawatan kosong sebelum ini.
  3. Calon adalah bertanggungjawab untuk menduduki penilaian dalam talian mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
  4. Calon dinasihatkan untuk menjalani penilaian dalam talian pada awal waktu bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.
  5. Tarikh, hari, dan masa penilaian dalam talian adalah muktamad, dan tiada pertukaran/penambahan tarikh dan masa dibenarkan.
  6. Kegagalan calon untuk menduduki penilaian dalam talian ini akan memberi kesan kepada proses permohonan calon bagi peringkat seterusnya.


PERINGATAN: Calon disarankan untuk membuat semakan segera bagi mengetahui status permohonan masing-masing.

Sekian, semoga dalam makluman.

Terima kasih.