Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Dato’/ Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
JEMPUTAN KE SIMPOSIUM SUMBER MANUSIA SIRI 2 (KEMUDAHAN PERUBATAN, KEBAJIKAN DAN PERSARAAN), UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
Dengan segala hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar UniSZA akan menganjurkan Simposium Sumber Manusia Siri 2 (Kemudahan Perubatan, Kebajikan dan Persaraan). Tujuan utama simposium ini adalah memberi pendedahan serta maklumat yang tepat berkaitan pengurusan sumber manusia khususnya dalam kemudahan tersebut kepada agensi kerajaan dan badan berkanun. Simposium ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:-
Tarikh : 24 – 25 Jun 2025 (Selasa – Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Al-Muktafi Billah Shah
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak, Terengganu
3. Penyertaan dari YBhg. Dato’/ Prof. / Dr. / Tuan / Puan amat dialu-alukan dan diyakini akan menyumbang secara signifikan ke arah pengamalan tatacara pengurusan sumber manusia yang berkesan seperti yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Penyertaan dari staf UniSZA tidak akan dikenakan yuran dan akan direkodkan sebagai e-latihan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan bolehlah menghubungi urus setia simposium di talian :-
i. Puan Noor Faidza @ Khairani binti Mohd Mokhtar
No. Tel: 09-6688968 / No.H/P: 013-938 2888
ii. Puan Rohaida binti Ruslan
No. Tel: 09-6688371 / No.H/P: 019-494 6941
iii.Puan Nik Nur Adina Syafiqah binti Nik Zakaria
No. Tel: 09-6688176 / No. H/P: 011-6525 5339
iv. Encik Khairul Ikhwan bin Rozi
No. Tel: 09-6687643 / No. H/P: 018-378 7336
v. Puan Siti Rabi’atul Adawiyyah binti Ismail
No. Tel: 09-668966 / No. H/P: 013-655 8508
4. Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan perincian simposium sepertimana berikut:
i. Brosur Program dan;
ii. QR code untuk Pendaftaran Penyertaan
Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Dato’/ Prof. / Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan penghargaan dan terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Ilmu dan Akhlak”
Saya yang menjalankan amanah,
MUZAFAR BIN MOHD DIN
Pendaftar