POLISI AGROPRENEUR INCUBATOR PARK UniSZA(AIP)
FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN
1. TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Dekan dan ahli Pengurusan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) tentang polisi perincian dasar dan peranan entiti berkaitan Agropreneur Incubator Park (AIP) UniSZA, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) yang terletak di UniSZA Kampus Besut.
2. PENGENALAN
- Penubuhan AIP telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) pada 2 November
- Penubuhan AIP akan merancakkan perkembangan aktiviti agropreneur dalam kalangan pelajar; inovasi dan komersial; pemindahan serta perkongsian ilmu dan teknologi; dan seterusnya boleh meningkatkan kebolehpasaran graduan.
- Penubuhan AIP juga bertepatan dengan Pelan Strategik Universiti 2020- 2022 dalam melahirkan Industry-Ready Graduate yang mana salah satu yang perlu dilakukan adalah mengadakan inkubator sebagai platform kepada aktiviti
- AIP juga akan menjadi ladang Satelit Industri yang memberi peluang dan ruang kepada pemain industri yang bekerjasama dengan FBIM untuk mengusahakan ladang pertanian di ladang AIP. Ini akan memberi impak yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran pelajar FBIM serta komuniti setempat,
- Dengan penubuhan AIP ini akan menjadikan UniSZA sebagai pusat rujukan dan pemangkin bidang pertanian kepada komuniti.
3. OBJEKTIF
Berikut merupakan objektif penubuhan AIP:
- Mewujudkan ruang inkubator agropreneur yang mana akan membuka peluang kepada alumni UniSZA dan alumni universiti tempatan untuk mengusahakan ladang secara komersial. Dengan kewujudan ruang inkubator ini, pihak FBIM mampu memberi motivasi dan inspirasi kepada pelajar-pelajar baharu untuk mengusahakan ladang secara komersial dan moden.
- Mewujudkan ladang pengajaran dan pembelajaran dalam kelompok pengusaha komersial dan ladang industri. Melalui kaedah ini, pelajar didedahkan dengan kaedah pengurusan ladang secara komersial serta kawalan kualiti sepertimana yang diamalkan ladang
- Menyemarakkan penyelidikan, inovasi dan perkomersialan produk dengan mewujudkan Tapak Pembangunan Teknologi Pertanian kepada semua penyelidik UniSZA dan industri
- Menjadikan AIP sebagai tapak showcase dan tarikan utama UniSZA Kampus Besut. AIP akan menjadi sebagai simbol dan pusat rujukan pertanian moden di daerah Besut khasnya dan di negeri Terengganu amnya.
- Mewujudkan Pusat Rujukan Komuniti dari segi pengembangan teknologi dan serta perkembangan IR 4.0 industri
- Melahirkan agropreneur pertanian dalam kalangan graduan yang mana akan memberi inspirasi kepada pelajar UniSZA dan komuniti
4. IMPAK PELAKSANAAN
- Melahirkan agropreneur yang mampu menjadi nukleus kepada pembangunan industri pertanian
- Meningkatkan kebolehpasaran graduan bidang pertanian Industry- Ready Graduate.
- Menggalakkan dan memperkasa perkembangan penyelidikan,inovasi dan peningkatan
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada bakal graduan seterusnya meningkatkan kadar Graduate Employment (GE) untuk graduan bidang
- Pendedahan dan pengaplikasian IR 4.0 dalam industri pertanian lebih memberi impak besar kerana pengaplikasian secara terus kepada
- Sumber penjanaan pendapatan bagi universiti yang mana pelaksanaan pengurusan Agropreneur Incubator Park UniSZA (AIP) secara perkongsian keuntungan bagi peserta Kategori
5. PENASIHAT INDUSTRI
Penasihat Industri yang akan memainkan peranan dalam pembangunan AIP:
- Green World Genetic (GWG)
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Jabatan Pertanian Malaysia
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
Lampiran 3: Kerjasama bersama Penasihat Industri
6. JAWATANKUASA AIP
Ahli Jawatankuasa Task Force bertanggungjawab memantau dan menyelaras perjalanan AIP.
Pengerusi : Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan Ketua Task Force : Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Penyelaras : Pengurus Ladang
Ahli-ahli : 1. Pensyarah Bidang Agronomi
2. Pensyarah Bidang Kawalan Serangga dan Penyakit
3. Pensyarah Bidang Agroekonomi
4. Pensyarah Bidang Sains Haiwan
5. Ketua Penjanaan Pendapatan
6. Pegawai Pertanian
Urusetia : Penolong Pendaftar (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar)