Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Pengarah Kampus Besut , Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut
 
 
Pertanyaan❓09-819 3001
 
 
 
 
 
Alamat 📍
Pejabat Pengarah Kampus Besut
Kompleks Akademik & Pentadbiran
Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu Darul Iman

Aktiviti@Program

  • 7th BESUT CAMPUS NIGHT RUN CHALLENGE 2026

    Tarikh/Hari : 18 Mei 2026/Isnin
    Masa         :  8.00pm-10.30pm
    Tempat      : Dataran Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut.
  • CERAMAH PERDANA : DARI REJAB KE sYAABAN- Perjalanan Hati Menuju Ramadhan 

    Tarikh/Hari : 4 Februari 2026/ Rabu
    Masa         :  9.00 pagi- 1.00 petang
    Tempat      : Dewan Auditorium Ibn Khaldun, Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut
  • CERAMAH MOTIVASI "TAQWA CHAMPION" SEMPENA BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI STAF PPKB 2025

    TARIKH/HARI  : 16 DISEMBER 2025/SELASA
    MASA              : 10.00 PAGI
    TEMPAT          :  AUDITORIUM IBN SINA, KOMPLEKS AKADEMIK & PENTADBIRAN, UniSZA KAMPUS BESUT
  • SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL 2025 PERINGKAT UniSZA KAMPUS BESUT

    Tarikh: 27 November 2025 (Khamis)
    Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
    Tempat: Dewan Auditorium Ibn Sina, Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut

  • PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

    PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

    TARIKH/HARI :14 OGOS 2025(KHAMIS)
    MASA             : 7.30 PAGI
    TEMPAT         : DATARAN KOMPLEKS AKADEMIK & PENTADBIRAN, UniSZA KAMPUS BESUT
  • PROGRAM REWANG MEMASAK BUBUR ASYURA SEMPENA SAMBUTAN AWAL MUHARRAM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) KAMPUS BESUT 1447H  BERSAMA KOMUNITI

    PROGRAM REWANG MEMASAK BUBUR ASYURA SEMPENA SAMBUTAN AWAL MUHARRAM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) KAMPUS BESUT 1447H BERSAMA KOMUNITI

    TARIKH/ HARI: 13 OGOS 2025 (RABU)
    TEMPAT: DATARAN KOMPLEKS AKADEMIK & PENTADBIRAN, UniSZA KAMPUS BESUT
  • Program Merdeka FootGolf dengan kerjasama Sekolah Daerah Besut 

    Program Merdeka FootGolf dengan kerjasama Sekolah Daerah Besut 

    Tarikh/Hari : 13-14 Ogos 2025(Selasa-Khamis)
    Tempat      :  Padang Footgolf, UniSZA Kampus Besut

    Statistik Semasa

    8 Jun 2026

    Kampus
    UniSZA

    Pusat Tanggungjawab (PTj)

    Staf
    Pentadbiran

    Staf
    Akademik

    Jumlah
    Staf UniSZA

    PPKB@LINKS

    Tempahan Bilik Kuliah
    Tempahan Bilik Kuliah
     
    Tempahan Kenderaan
    Tempahan Kenderaan
     
    Tempahan Bilik Mesyuarat
    Tempahan Bilik Mesyuarat
     
    Pinjaman Peralatan
    Pinjaman Peralatan
     
    Tempahan Kemudahan Sukan
    Tempahan Kemudahan Sukan
     
    Pinjaman Peralatan Sukan
    Pinjaman Peralatan Sukan
     

    Life@Besut Campus

    Berita/ Hebahan

    • TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) KAMPUS BESUT 

      TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) KAMPUS BESUT 

      Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Premis Sewaan (J2PS) Kampus Besut melalui Jawatankuasa Pemilihan, Pemantauan,Penjanaan dan Sewaan(J3PS) ingin mempelawa pembukaan Tawaran Penyewaan Ruang Niaga di Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut kepada mana-mana Pembekal berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berminat. Sesi taklimat dan lawatan tapak (wajib hadir) akan diadakan sepertimana butiran berikut:

       

           Tarikh/Hari : 14 Jun 2026/Ahad

           Masa          : 10.30 pagi

           Tempat       : Bilik Seminar Al Farabi, Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut.

       

      Maklumat lanjut boleh didapati dipaparan iklan. Perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

       

      #uniszapastitahu

      #ilmuDemiFaedahInsan

    • LAWATAN PEMANTAUAN FASILITI OLEH NAIB CANSELOR KE UNISZA KAMPUS BESUT

      LAWATAN PEMANTAUAN FASILITI OLEH NAIB CANSELOR KE UNISZA KAMPUS BESUT

       BESUT, 3 Jun 2026 – Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan pemantauan fasiliti ke UniSZA Kampus Besut bagi meninjau aspek kemudahan, kebajikan serta persekitaran kampus yang kondusif untuk warga mahasiswa.

      Antara lokasi yang dilawati ialah UniCamp Tembila, kafeteria kampus serta Asrama Taman Ilmu. Lawatan ini bertujuan melihat sendiri keadaan fasiliti sedia ada di samping memastikan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa untuk digunakan.

      Selain itu, lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan universiti untuk mendengar pandangan serta keperluan berkaitan penambahbaikan fasiliti demi kesejahteraan warga kampus secara menyeluruh.

      Dalam lawatan tersebut, turut dibincangkan cadangan pembinaan penginapan pelajar di UniSZA Kampus Besut menggunakan Dana Wakaf UniSZA. Cadangan ini dilihat berpotensi membantu menyediakan kemudahan penginapan tambahan yang lebih kondusif serta menyokong kebajikan mahasiswa secara berterusan.

      Naib Canselor turut menegaskan komitmen universiti dalam memastikan aspek kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian melalui usaha pemantauan dan penambahbaikan fasiliti secara berterusan.

      Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Pengarah Kampus Besut, Pengarah Pusat Pengurusan Harta Benda dan Pengarah Kolej Kediaman Pelajar.

      Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

      Kementerian Pendidikan Tinggi

      Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin

      #KPT

      #UniSZA

      #NaibCanselorUniSZA

      #KampusBesut

      #ilmudemifaedahinsan

       

    • Fenomena jerebu pagi

      Fenomena jerebu pagi

      Fenomena jerebu pagi yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk di Kuala Nerus.

      #IlmuDemiFaedahInsan

      #uniszapastitahu

      #studentsandcommunitysmartexperience

    • LAWATAN PANEL PENILAI BAGI PENILAIAN AKHIR SEMPENA ANUGERAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (AKKPT) 2025 KE UniSZA kAMPUS BESUT 
       
      3 Februari 2026 (Selasa)- Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut telah menerima lawatan panel penilai bagi penilaian akhir sempena Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2025.

      Sesi lawatan ini dimulakan dengan penilaian terhadap pameran syarikat pemula pelajar di UniSZA Digital Hub (UDH), inisiatif keusahawanan agro dan komuniti termasuk Ladang Pertanian Komuniti Lestari, serta produk inovasi dan inkubator agropreneur universiti.

      Sesi lawatan ini turut di hadiri oleh Prof. Madya Dr. Azman bin Azid, Pengarah Kampus Besut bersama Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusof@Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Syukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Hafizan bin Juahir, Dekan Fakulti Biosumber & Industri Makanan dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid bin Awang, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

       

    • MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SUKAN MUHIBAH UniSZA KAMPUS BESUT

       
      Sekitar majlis penutup dan penyampaian hadian Kejohanan Sukan Muhibah UniSZA Kampus Besut pada 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium Ibn Sina, Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut

      Sekalung Tahniah dan Syabas buat semua pasukan yang telah berjaya merangkul hadiah di Kejohanan Sukan Muhibah UniSZA kampus Besut 2025.
    • Taqwa Champion.
      16 Disember 2025 (Selasa);
      Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB) telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemantapan Organisasi Staf PPKB 2025 di UniSZA Kampus Besut yang melibatkan seramai lebih kurang 80 orang peserta bengkel.
      .
      Bengkel telah dimulakan dengan aktiviti santai yang melibatkan aktiviti fizikal bagi memupuk kerjasama berkumpulan dalam kalangan peserta seterusnya diikitu dengan Ceramah Motivasi: Taqwa Champion yang disampaikan oleh Pasukan CSR Al-Ikhsan Sports iaitu En. Muhammad Alif bin Ismail.
      .
      Peserta bengkel juga turut disuntik semangat melalui amanat khas daripada Pengarah Kampus Besut Prof. Madya Dr. Azman bin Azid yang penuh iltizam untuk bekerja kerana Allah swt Dan #DemiUniSZA.
      .
      .
      Terima Kasih kepada semua peserta dan Al-Ikhsan Sports hadir ke UniSZA Kampus Besut.
      .
      .
      .
    • PROGRAM HARI BERSAMA BOMBA SEMPENA HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI TERENGGANU

      5 Oktober 2025- UniSZA Kampus Besut telah menerima kunjungan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam Program Hari Bersama Bomba dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB).
      Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan antaranya;

      • Pameran Jentera Bomba
      • Makanan Percuma Dapur Bomba
      • Demonstrasi Pemadam Kebakaran
      • Taklimat Keselamatan & Kebakaran

      Program juga telah berlangsung dengan jayanya, dengan penglibatan seluruh warga Kampus.

      Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu

    • Tahniah! diucapkan kepada YBrs. Dr. Norhazura binti Yunus, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut atas kejayaan menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi Maklumat, UiTM.
      Semoga kejayaan ini menjadi suntikan motivasi untuk terus melakar kecemerlangan dan kegemilangan pada masa akan datang.

      Ikhlas daripada Pengurusan dan Staf Pejabat Pengarah Kampus Besut.
    • Tahniah! di ucapkan kepada wakil Pejabat Pengarah Kampus Besut yang memenangi Johan Pertandingan Video Pendek Integriti 2025 sempena Hari Integriti Peringkat UniSZA yang bertemakan “Integriti Teras Kesejahteraan Negara”
    • Program Semarak Patriotisme Sempena Kemerdekaan ke-68 & Hari Malaysia di UniSZA Kampus Besut.

      Program Semarak Patriotisme Sempena Kemerdekaan ke-68 & Hari Malaysia di UniSZA Kampus Besut.

      11 September 2025- Pejabat Pengarah Kampus Besut telah menganjurkan Program Semarak Patriotisme Sempena Kemerdekaan ke-68 & Hari Malaysia di UniSZA Kampus Besut.
       
      Kemeriahan dalam majlis yang telah dilaksanakan ini diserikan lagi dengan Pertandingan Busana Melayu Tradisional & Pertandingan Deklamasi Sajak.
      Tahniah! diucapkan kepada semua pemenang.

      Semoga dengan aktiviti ini dapat menjadi inspirasi kepada diri dalam menanam cinta yang lebih mendalam kepada tanan air.

      Semangat cintakan negara bukanlah suatu perkara yang dilarang. Sejarah Nabi ﷺ sendiri membuktikan bahawa Rasulullah ialah warganegara yang amat menyayangi Mekah, tanah tumpah darah baginda. Nabi ﷺ bersabda:

      ما أطيَبُكِ مِن بلدٍ، وما أحبُّكِ إلَيَّ، ولولا أن قومَكِ أخرَجُونِي مِنكِ ما سكَنتُ غيرَكِ
      “Aku tidak temui negeri yang lebih baik daripada kamu (wahai Mekah), dan tidak ada negeri yang lebih aku sayangi daripada Mekah. Kalaulah bukan kerana kaummu (iaitu Quraisy) telah menghalauku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.”(HR al-Tirmizi).

      Luahan ini menggambarkan betapa Rasulullah ﷺ amat menyayangi Mekah, ia bukanlah satu sifat yang terlarang kerana mencintai tanah air, tempat kita membesar ialah fitrah yang dialami oleh manusia.

      Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-68 & Hari Malaysia!
    • BORANG KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH KAMPUS BESUT

      BORANG KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH KAMPUS BESUT

      Pejabat Pengarah Kampus Besut sedang mengumpul maklumat maklumbalas terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Warga kampus adalah dijemput untuk mengisi borang kajian secara atas talian melalui pautan Google Form dan QR Code yang telah disediakan.

      Maklumbalas daripada semua pelanggan sangat penting kepada PPKB dalam membuat penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Pengarah Kampus Besut pada masa hadapan.

      Pautan Google Form:
      https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdP1dBecKH.../viewform... 
       

      Mutiara Kata

        Hubungi Kami

        Pejabat Pengarah Kampus Besut
        Kompleks Akademik & Pentadbiran
        Universiti Sultan Zainal Abidin
        Kampus Besut
        22200 Besut
        Terengganu Darul Iman

         09-819 3001

         ppkb@unisza.edu.my


         
         

        Lokasi

        Waktu Operasi:

        Ahad hingga Rabu
        8.00 am - 01.00 pm
        2.00 pm - 4.45 pm

        Khamis
        8.00 am - 01.00 pm
        2.00 pm - 4.30 pm

        Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
        Tutup

        Ikuti Media Sosial Kami:

        Pengunjung

        297476

        Tarikh Kemaskini:

         23 Julai 2026