Pinjaman dan Denda
Semua pengguna yang telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan layak meminjam bahan daripada Koleksi Am, Koleksi Arab, Koleksi Undang-Undang dan Academic Core Collection (Tanda Merah) mengikut kategori masing-masing. Pengguna juga boleh membuat rujukan di Koleksi Koleksi Terbitan Bersiri dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Makmal Komputer Terbuka (Cyber Gateway). Pengguna diminta menunjukkan kad kampus kepada kakitangan bertugas, setiap kali mereka ingin meminjam bahan atau menggunakan kemudahan yang disediakan.
Denda Lewat
Buku yang lewat dipulangkan atau dihilangkan akan dikenakan denda seperti berikut:
Jenis Bahan | Tempoh | Jumlah |
Koleksi Terbuka | Lewat 1 hari | RM0.20 |
Koleksi Pinjaman Terhad (Tanda Merah) | Lewat 1 hari | RM1.00 |
Denda tidak dikira pada hari cuti
Pengguna yang tidak menjelaskan denda mereka, dan denda telah sampai ke tahap maksima tidak akan dibenarkan, membaharui atau meminjam buku seterusnya.
Had Maksima Denda
Had denda maksima yang dikenakan kepada pengguna perpustakaan sehingga sistem tidak membenarkan urusan pinjaman dan membaharui pinjaman adalah seperti berikut:
Bil. | Kategori Pengguna |
Had Maksimum Denda untuk setiap Buku (RM) |
Had Maksima Akaun Disekat (RM) |
Had Maksima Denda | Implikasi |
1. |
Pelajar Siswazah | 3.00 | 5.00 | 50.00 | Tidak dibenarkan membuat pinjaman |
2. | Pelajar Pascasiswazah | 3.00 | 5.00 | 50.00 | |
3. | Pegawai Akademik | 3.00 | 10.00 | 100.00 | |
4. | Pegawai Peng. & Profesional | 3.00 | 10.00 | 100.00 | |
5. | Pegawai Sokongan | 3.00 | 5.00 | 50.00 |
Denda & Bayaran Hilang/Rosak
Denda / Bayaran kerana Kehilangan atau Kerosakan Bahan
Perkara | Denda/Bayaran |
Hilang/rosak |
a. Penggantian Bahan Pengguna perlu menggantikan dengan bahan yang sama judul, pengarang, edisi@cetakan, siri/set atau yang terkini ATAU |
b. Bayaran Tunai Membayar wang gantirugi SATU KALI GANDA dari harga asal yang telah direkodkan dalam sistem perpustakaan atau harga semasa beserta wang proses sebanyak RM10.00. |