Penulis: Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Nurkhamimi Zainuddin
Manusia diangkat darjatnya lebih tinggi daripada makhluk lain kerana kurniaan akal. Akal yang diamanahkan Allah SWT kepada manusia adalah untuk bertafakkur dan bertadabbur terhadap ciptaan dan kekuasaanNya di langit dan di bumi. Pemikiran manusia adalah satu bentuk input yang bersifat khusus dan subjektif. Namun, apabila pemikiran ini dizahirkan secara lisan, ia menjadi output yang boleh didengari dan difahami oleh manusia lain. Pemikiran yang dinyatakan secara verbal boleh menjadi cadangan, pendapat atau satu bentuk luahan perasaan. Hakikatnya, tidak ada manusia yang mampu membaca kotak pemikiran manusia lain, dan mentafsirkannya melainkan setelah mendengarinya sendiri. Sering kali kita melihat anak-anak kecil menyatakan perasaan dan buah fikiran mereka secara terbuka, lantang dan spontan. Tanpa disedari, ia sebenarnya merupakan satu proses pemikiran verbal yang membantu pembelajaran sesuatu bahasa serta membina karakter dan sahsiah diri sedari kecil. Bertitik tolak dari hakikat ini, buku ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai manfaat teknik pemikiran verbal dalam proses pembelajaran bahasa, khususnya untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. dapat membuka dimensi baharu dalam dunia pengajaran bahasa serta sesuai untuk pembacaan ibu bapa, pendidik, pelajar dan orang awam yang ingin menambah ilmu dalam bidang pendidikan kemahiran bahasa. Maka, tidak rugilah para pembaca daripada pelbagai latar belakang untuk memiliki dan memanfaatkan buku ini.
Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Teknik Pemikiran Verbal (2025)
- Product Code: ISBN 978-967-2750-93-2
- Availability: In Stock
-
RM 49.00
- Ex Tax: RM 49.00
Tags: Pengajaran, Kemahiran, Bertutur, Bahasa, Arab, Teknik, Pemikiran, Verbal, 2025, Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Nurkhamimi Zainuddin