Cetak

Hari Terbuka@PWB Semarakkan Peranan Perpustakaan Kepada Warga UniSZA

Bagi meraikan seluruh warga UniSZA yang sentiasa menyokong Perpustakaaan Al-Wathiqu Billah (PWB), program Hari Terbuka@PWB merupakan suatu penghargaan PWB kepada semua pengguna. Tanpa sokongan padu seluruh warga UniSZA, PWB tidak akan mampu untuk sentiasa komited menyediakan perkhidmatan serta fasiliti kepada pengguna.

Para pengguna memainkan peranan utama dalam memastikan PWB konsisten memberikan perkhidmatan serta prasarana yang terbaik untuk keselesaan dan kemudahan pengguna. Selain itu, persekitaran yang kondusif juga mampu memberikan impak positif dalam menyokong proses pengajaran serta penyelidikan di UniSZA.

Selain dapat mempromosikan kepelbagaian sumber maklumat di perpustakaan, program ini juga mampu menyemarakkan aktiviti perpustakaan kepada warga universiti.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari program ini berlangsung pada 20-22 Disember 2022, antaranya Kaunter Lelongan Barang Al-Luqotoh, Kaunter Diskaun Denda, Kaunter Sokongan Penyelidikan, Kaunter Data Penyelidikan dan E-Resource Day.

Pameran ‘Himpunan Seni dan Budaya Tradisional Terengganu’ juga turut menyerikan program tersebut bagi berkongsi pengalaman dengan para pengunjung mengenai sejarah kebudayaan dan kesenian negeri Terengganu. Selain itu, pameran ini dapat mempromosikan negeri Terengganu yang terkenal dan sinonom dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan unik.

Bagi memeriahkan program, pelbagai hadiah Cabutan Bertuah juga turut disediakan kepada pengguna.

                                          

                                      

                                     

 

25 DISEMBER 2023

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

 

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions