Cetak

PWB Kampus Besut Turun Padang Kongsi Ilmu Kepakaran dengan SRIDAF

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya” (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Sesuai dengan tuntutan agama Islam dan hadis tersebut, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) Kampus Besut turun padang bagi meraikan perkongsian ilmu dan kepakaran dengan warga Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF).

Sesi perkongsian ilmu yang melibatkan seramai guru-guru SRIDAF ini telah diadakan pada  18 Mei 2022 di Maktabah Al-Imam As-Syafie, SRIDAF. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas, demonstrasi pengkatalogan bahan-bahan rujukan, penampalan nombor panggilan, menentukan nombor panggilan bahan dan penyusunan bahan di rak. Program kolaborasi ini melibatkan Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan guru-guru SRIDAF.

Kolaborasi ini membolehkan kedua-dua pihak iaitu PWB dan SRIDAF beroleh manfaat melalui perkongsian ilmu yang dijalankan. PWB juga sangat teruja dapat menyumbang  ilmu kepada masyarakat setempat terutama institusi pendidikan di sekitar daerah Besut. Selain itu, PWB juga dapat mempromosikan UniSZA dalam kalangan masyarakat dan memberi peluang kepada UniSZA untuk ‘memberi’ semula kepada komuniti yang sentiasa menyokong UniSZA sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi di negeri Terengganu.

     

     

18 MEI 2022

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions