Print

Ketua Pustakawan UniSZA wakili PPM ke Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Rohani Othman telah hadir mewakili  Persatuan Perpustakaan Malaysia (PPM) ke Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) Kali ke-78 (1/2017) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, PPAT pada 6 Jun 2017 lalu. Beliau juga dalam masa yang sama mewakili Naib Canselor UniSZA.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan usaha-usaha meningkatkan perkhidmatan perpustakaan khususnya kepada masyarakat selain menambah nilai perkhidmatan tersebut supaya sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Peningkatan serta penambahbaikan ini adalah perlu supaya peranan perpustakaan dapat terus dimanfaatkan dan diaplikasikan sesuai dengan fungsinya sebagai sebuah agen kebudayaan, pendidikan dan pembangunan masyarakat.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat, Ghazali Taib yang merupakan Pengerusi PPAT. Beliau adalah Exco Kerajaan Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu. Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Puan Hajah Marzialina Mohamed, Pengarah PPAT, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), ketua-ketua jabatan dan personaliti masyarakat yang berkaitan.

Mesyuarat ini merupakan suatu medium untuk PPM mengutarakan idea dan pendapat selain dapat membantu memberi sumbangan kepada perpustakaan khususnya PPAT. Selain itu, PPM juga sentiasa bersedia untuk berkolaborasi bersama insitusi-institusi seperti PPAT untuk membantu membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda dan mentransformasikan perpustakaan agar mampu menjadi ‘rumah kedua’ kepada mereka.

      

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions