Print

Bengkel Sistem Aplikasi Pengurusan Pusat (APPS) di Perpustakaan UniSZA terima penyertaan guru, institusi luar

Program Bengkel Sistem Aplikasi Pengurusan Pusat Sumber (APPS) yang berlangsung pada 24 Mei 2017 mencatatkan penglibatan lebih 20 guru dan juga institusi luar.

Program yang dilaksanakan di bawah Program Tanggungjawab Sosial Perpustakaan UniSZA diadakan di Makmal Komputer, Perpustakaan UniSZA.

Pengisian selama tiga jam secara hands-on ini memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai sistem APPS yang boleh diaplikasikan dalam menguruskan pelbagai bahan dan sumber maklumat di perpustakaan mahupun pusat sumber.

Selain itu, ia merupakan suatu tanggungjawab serta hasrat Perpustakaan UniSZA untuk sama-sama membantu dan berkongsi kepakaran yang ada dengan pelbagai institusi agar dapat dimanfaatkan bersama dengan sebaiknya.

Program ini telah menerima penyertaan daripada Yayasan Islam Terengganu, Institut Pengajian Islam (INSPI), Lembaga Pengurusan Masjid Abidin, guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak dan Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang.

Bengkel telah dikendalikan oleh Pustakawan Kanan, Perpustakaan UniSZA, Puan Rosnorzaini Rusli. Selain bengkel, turut dimuatkan ialah sesi perkongsian maklumat yang disampaikan oleh Pustakawan UniSZA, Encik Syaiful Hisyam Saleh. 

 

 

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions