Print

3 DALAM 1: PERTEMUAN KALI KEDUA AHLI KFKPM DI UNIVERSITI MALAYA

Bertarikh 17 April 2017, Kumpulan Fokus Khas Perkongsian Maklumat (KFKPM) telah berjaya mengumpulkan 90% ahlinya yang terdiri daripada wakil keseluruhan 20 Universiti Awam (UA) Malaysia bertempat di Perpustakaan Universiti Malaya (UM). Pertemuan ini merupakan pertemuan kali ke-2 setelah penubuhan pada 2016 yang mana ia melibatkan tiga aktiviti serentak iaitu Mesyuarat KFKPM, Bengkel Perkongsian Maklumat serta lawatan penandaarasan ke Perpustakaan UM.

Mesyuarat KFKPM Bil1/2017 yang berlangsung pada jam 9.00-11.00pagi berjalan dengan lancar diikuti dengan Bengkel Perkongsian Maklumat pada jam 11.00pagi – 3.30 petang. Menurut Pengerusi KFKPM, Pn.Rohani Othman, bengkel tersebut telah mencapai matlamatnya iaitu berkongsi pengalaman berkenaan pengendalian Literasi Maklumat dan mewujudkan Garis Panduan Literasi Maklumat bagi Literasi Berkredit serta Tidak Berkredit merangkumi garis panduan bagi siswazah, pra siswazah dan khidmat komuniti untuk diguna pakai oleh semua Perpustakaan UA. Perkongsian oleh Pn. Maziah Salleh, Ketua Bahagian Kemahiran Maklumat, Perpustakaan UM berkenaan pengendalian Literasi Maklumat sebagai subjek universiti dilihat sangat memberi menfaat kepada semua ahli untuk dijadikan contoh.

Selesai berbengkel, semua ahli KFKPM dibawa melihat keseluruhan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UM dan yang paling menarik perhatian adalah ruang Collaborative Learning Area (CoLA) yang menyediakan ruang pembelajaran santai kepada pelajar.

Walaupun pertemuan ahli KFKPM  dalam masa yang singkat, namun ia dilihat dapat memberi impak yang positif kepada perpustakaan secara umum. Semoga KFKPM dapat memberi peranan yang besar dalam skop perkongsian maklumat antara Perpustakaan UA.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions