Soalan Lazim
Am
Soalan: Bilakah waktu perpustakaan dibuka?
Jawapan: Perpustakaan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari Ahad hingga Rabu.
Soalan: Adakah perpustakaan dibuka pada hari Sabtu?
Jawapan: Ya. Perpustakaan dibuka pada hari Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Soalan: Adakah terdapat peraturan berpakaian di perpustakaan?
Jawapan: Ya. Pengguna hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh universiti semasa berada di dalam kampus termasuk di perpustakaan.
Keahlian
Soalan: Bagaimana cara untuk menjadi ahli perpustakaan?
Jawapan: Staf dan pelajar UniSZA secara automatik layak menjadi ahli perpustakaan. Sila semak akaun anda di Kaunter Sirkulasi.
Soalan: Sebagai ahli Perpustakaan UniSZA, bolehkan saya merujuk di perpustakaan akademik lain?
Jawapan: Boleh. Pengguna boleh merujuk di perpustakaan akademik lain dengan syarat membawa kad pelajar/staf.
Akaun Pengguna
Soalan: Bagaimana saya boleh mendapat akaun pengguna?
Jawapan: Anda berhak mendapat akaun pengguna sekiranya anda berdaftar sebagai pelajar atau staf UniSZA.
Soalan: Apakah fungsi akaun pengguna?
Jawapan: Akaun pengguna membolehkan anda menyemak maklumat peminjaman, permohonan, dendaan, tempahan, status pengguna dan memperbaharui pinjaman.
Soalan: Bagaimana saya boleh menyemak akaun pengguna?
Jawapan: Anda boleh mengakses akaun pengguna secara atas talian melalui laman web perpustakaan. Sila masukkan ID pengguna (nombor staf atau pelajar) dan katalaluan yang telah didaftarkan.
Akses Luar Kampus
Soalan: Bagaimana saya boleh mengakses pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan dari luar kampus?
Jawapan: Anda boleh mengakses pangkalan data tersebut melalui laman web perpustakaan. Sila rujuk akses luar kampus untuk maklumat lanjut.
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan ‘akses luar kampus’?
Jawapan: Akses luar kampus adalah kemudahan yang disediakan untuk membolehkan warga universiti mengakses sumber maklumat atas talian yang dilanggan oleh perpustakaan melalui internet di luar kampus.
Soalan: Bolehkah saya memberikan ID dan kata laluan kepada kawan saya untuk mengakses pangkalan data dari luar kampus?
Jawapan: Jangan dedahkan ID dan kata laluan anda kepada individu lain kerana ini akan membolehkan mereka mengakses e-mel UniSZA anda. Setiap pengguna bertanggungjawab terhadap ID dan kata laluan masing-masing. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan ID dan kata laluan.
Katalog
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Katalog Perpustakaan?
Jawapan: Katalog Perpustakaan menyediakan butiran lengkap bahan rujukan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan, termasuk status semasa, lokasi dan jumlah naskah yang ada. Ini akan membolehkan pengguna mengenalpasti dan mendapatkan bahan berkenaan di rak dengan lebih cepat dan mudah.
Soalan: Bagaimanakah cara untuk menggunakan Katalog Perpustakaan?
Jawapan: Sila rujuk panduan menggunakan Katalog Perpustakaan: Panduan Pencarian Buku | Bahan Menggunakan WEBOPAC
Soalan: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan nombor panggilan buku melalui Katalog Perpustakaan?
Jawapan: Anda boleh menggunakan WebOPAC (katalog atas talian) atau OPAC (di dalam kampus / Intranet). Apabila mencari katalog Perpustakaan (WebOPAC atau OPAC), pastikan anda mencatat nombor panggilan yang lengkap sebelum mencari di rak.
Soalan: Bolehkah Katalog Perpustakaan memberi maklumat sama ada bahan rujukan yang dikehendaki ada di atas rak atau sedang dipinjam oleh pengguna lain?
Jawapan: Boleh. Bagi bahan rujukan yang ada di atas rak, maklumat lokasi bahan akan tertera pada ruangan Status, contohnya Open Access. Sekiranya bahan tersebut sedang dalam pinjaman, ruangan status akan digantikan dengan maklumat Tarikh Pemulangan (Due)
Sumber Elektronik
Soalan: Apakah sumber maklumat atas talian ?
Jawapan: Sumber maklumat atas talian meliputi pangkalan data, e-book dan e-jurnal yang dilanggan oleh perpustakaan dan boleh diakses secara atas-talian.
Soalan: Mengapa kadang kala pangkalan data tidak boleh akses?
Jawapan: Terdapat beberapa sebab pangkalan data tidak boleh diakses: berlaku masalah teknikal kepada sistem rangkaian samada di dalam atau di luar kampus, penyenggaraan pangkalan data oleh penerbit atau akses kepada pangkalan data telah melebihi had pengguna yang dibenarkan pada satu masa. Sila laporkan kepada pustakawan sekiranya anda tidak dapat mengakses pangkalan data untuk tindakan pihak perpustakaan.
Soalan: Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya tidak dapat mengakses jurnal di dalam pangkalan data?
Jawapan: Oleh kerana tidak semua jurnal yang terdapat di dalam pangkalan data dilanggan oleh perpustakaan, pengguna mungkin tidak dapat mengakses atau memuat turun artikel yang diperlukan. Pengguna dicadangkan merujuk pustakawan bagi mendapatkan kandungan penuh artikel berkenaan melalui Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP).
Pendidikan Pengguna
Soalan: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bimbingan untuk menggunakan perpustakaan dengan kaedah yang tepat?
Jawapan: Perpustakaan menyediakan Kelas Kemahiran Literasi Maklumat kepada semua pengguna bagi mendapatkan bimbingan secara teori dan amali untuk menggunakan perpustakaan.
Soalan: Apakah tujuan Kelas Kemahiran Literasi Maklumat diadakan?
Jawapan: Kelas Kemahiran Literasi Maklumat bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna baru tentang kaedah menggunakan kemudahan, perkhidmatan dan koleksi perpustakaan.
Soalan: Bolehkah saya memohon untuk menyertai Kelas Kemahiran Literasi Maklumat?
Jawapan: Boleh. Sila berhubung dengan pustakawan yang mengendalikan Kelas Kemahiran Literasi Maklumat.
Soalan: Apakah topik yang diajar melalui Kelas Kemahiran Literasi Maklumat?
Jawapan: Topik berikut diajar melalui Kelas Kemahiran Literasi Maklumat:
1. Kaedah pencarian bahan di rak
2. Kaedah penggunaan pangkalan data atas talian, e-jurnal dan e-buku
3. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan
4. Kaedah menggunakan akaun perpustakaan
5. Kaedah akses sumber maklumat atas talian dari luar kampus
Perkhidmatan
Soalan: Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam dalam satu masa?
Jawapan: Jumlah pinjaman bahan perpustakaan dalam satu masa bergantung kepada kategori bahan dan kategori pengguna. Sila rujuk jadual kelayakan peminjaman.
Soalan: Berapa lama tempoh pinjaman buku yang dibenarkan?
Jawapan: Tempoh pinjaman bahan perpustakaan adalah mengikut kategori bahan dan kategori pengguna. Sila rujuk jadual kelayakan peminjaman.
Soalan: Bolehkah pinjaman buku menggunakan kad pengguna lain?
Jawapan: Tidak boleh. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan kad pengguna lain untuk meminjam buku.
Soalan: Adakah saya boleh meminjam buku jika tertinggal kad pelajar?
Jawapan: Pengguna tidak dibenarkan meminjam buku tanpa membawa kad pelajar atau kad staf.