Koleksi Perpustakaan
Kod Koleksi
Kod Koleksi
a | - | Koleksi Arab |
av | - | Koleksi Multimedia |
jur | - | Koleksi Terbitan Bersiri |
ktg | - | Koleksi Terengganu |
law | - | Koleksi Undang-Undang |
r | - | Koleksi Rujukan |
sem | - | Koleksi Persidangan / Seminar |
t | - | Koleksi Tesis |
Kod Bahan
Kod Bahan
Pada beberapa jenis bahan terdapat kod akhiran (abjad) pada nombor panggilan. Kod-kod akhiran yang digunakan ialah (seperti Gambarajah 2 dan 3 di atas):
r - rujukan (Koleksi-Koleksi Arab, Multimedia, Undang-Undang dan Arkib)
d/(D) - bahan boleh dipinjam (Koleksi Undang-Undang)
a/(A) - akta dan perundangan (Koleksi Undang-Undang)
b/(B) - laporan undang-undang (Koleksi Undang-Undang)
Pangkalan Data
Pangkalan Data dan Bahan-Bahan Terbitan Elektronik
Penggunaan pangkalan data dan bahan-bahan terbitan elektronik boleh diakses melalui portal Perpustakaan di alamat https://perpustakaan.unisza.edu.my. Akses kepada pangkalan data dan bahan-bahan terbitan elektronik pada masa ini terhad kepada akses dari dalam kampus sahaja. Usaha-usaha sedang dibuat bagi membolehkan akses dari luar kampus.
Sumber-sumber elektronik yang dapat dibekalkan adalah seperti berikut:
a. Pangkalan Data
Perpustakaan melanggan pangkalan data-pangkalan data berikut:
ACM Digital Library
Bankscope
CLJLaw
Ebscohost
Islamic Finance Information Service (IFIS)
Lawnet
Lexis-Nexis Research
OSIRIS
Proquest
Review.com
Scopus
Springerlink
b. Buku Elektronik
Brill Online
ebrary
NetLibrary
PlantSCIENCEnetBASE
c. Jurnal Elektronik
Cambridge Journals
informaworld
IngentaConnect
MetaPress
nature
Oxford Journals
Sage Journals Online
Wiley InterScience
World Scientific
d. WebInfoline
Kertas-kertas soalan peperiksaan akhir semester disimpan dalam bentuk digital dan boleh diakses melalui WebInfoline di portal Perpustakaan.
e. Repositori Digital
Keratan-keratan akhbar mengenai Universiti yang telah melalui proses pendigitan dikumpulkan dalam repositori ini. Pengguna juga boleh mengakses panduan penggunaan OPAC di sini.
Koleksi Perpustakaan Kampus Gong Badak
Koleksi Perpustakaan Kampus Gong Badak
Koleksi Arab
Semua bahan berbahasa Arab ditempatkan di Koleksi ini. Koleksi ini terletak di Tingkat Atas. Bahan-bahan dalam Koleksi ini terdiri daripada 2 kumpulan bahan, iaitu yang boleh dipinjam dan untuk rujukan dalam Perpustakaan sahaja. Sila rujuk pada sistem untuk mengetahui sama ada bahan boleh dipinjam atau sebaliknya.
Koleksi Umum
Koleksi ini merupakan koleksi terbesar Perpustakaan. Semua bahan dalam Koleksi ini boleh dipinjam. Lokasi Koleksi ini ialah di Tingkat Bawah.
Koleksi Rujukan
Bahan-bahan Koleksi Rujukan adalah untuk dirujuk dalam Perpustakaan sahaja. Contoh-contoh bahan yang ditempatkan dalam Koleksi ini ialah seperti ensiklopedia, kamus, direktori, indeks, abstrak, handbook serta bahan-bahan yang berharga RM1,000 atau lebih. Koleksi ini ditempatkan di Tingkat Bawah.
Koleksi Multimedia
Koleksi ini mengandungi bahan-bahan media seperti kaset audio, kaset video, cakera padat, kit, termasuk buku yang diiringi oleh bahan-bahan media. Bahan-bahan ini hanya untuk kegunaan dalam Perpustakaan kecuali buku-buku yang dibenarkaan untuk pinjaman. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk membolehkan pinjaman sebahagian daripada bahan media. Lokasi koleksi ialah di Tingkat Atas bersebelahan teater kecil.
Koleksi Undang-Undang
Semua bahan mengenai undang-undang dan perundangan (klas K) ditempatkan dalam Koleksi ini yang terletak di Tingkat Bawah bersama-sama dengan Koleksi Rujukan.
Koleksi Terbitan Bersiri
Bahan-bahan dalam Koleksi ini terdiri daripada akhbar, majalah, jurnal, buletin dan penerbitan-penerbitan berkala seumpamanya. Koleksi ini mengandungi dua bahagian iaitu:
a. terbitan bersiri terkini
b. terbitan bersiri berjilid
Semua bahan dalam Koleksi ini hanya boleh dirujuk dalam perpustakaan sahaja. Kebenaran daripada Pustakawan diperlukan sekiranya bahan perlu dibawa keluar untuk dibuat salinan. Koleksi Terbitan Bersiri terletak di Tingkat Atas.
Koleksi Pinjaman Terhad
Buku-buku teks dan semua bacaan wajib untuk semua kursus seperti yang terkandung dalam silibus kursus ditempatkan di Koleksi Pinjaman Terhad. Pinjaman hanya dibenarkan untuk tempoh sehari (1 hari) sahaja. Koleksi ini ditempatkan sementara di Bahagian Khidmat Maklumat.
Arkib
Arkib ialah satu ruang khas (bersebelahan makmal komputer Perpustakaan) yang baru diwujudkan. Bahan-bahan berikut ditempatkan di Arkib.
a. Koleksi Terengganu
Ia merupakan kumpulan bahan-bahan mengenai negeri Terengganu atau yang dihasilkan oleh orang Terengganu dalam pelbagai bentuk.
b. Koleksi Tesis
Di Koleksi ini ditempatkan semua tesis dan disertasi yang telah dikumpulkan oleh perpustakaan. Kertas-kerta projek pelajar juga ditempatkan di Koleksi ini.
c. Koleksi Seminar
Kertas kerja seminar atau persidangan, sama ada berjilid atau tidak ditempatkan di Koleksi ini.
d. Bahan-bahan sumbangan yang diterima daripada orang perseorangan atau pertubuhan-pertubuhan.
e. Bahan-bahan lain yang tidak boleh diletakkan di rak-rak terbuka.
Semua bahan Arkib hanya boleh dirujuk dalam Perpustakaan sahaja. Kebenaran untuk membuat salinan perlu diperolehi daripada Pustakawan dan Pustakawan berhak untuk tidak membenarkan salinan dibuat bergantung kepada keadaan fizikal bahan.
Koleksi Perpustakaan Kampus Perubatan
Koleksi Perpustakaan Kampus Perubatan
Open Shelf
Semua bahan yang boleh dipinjam ditempatkan dalam koleksi ini. Hak meminjam dan tempoh pinjaman bahan adalah seperti yang dinyatakan dalam bab Keahlian Perpustakaan.
Reference
Bahan-bahan dalam koleksi ini ialah bahan-bahan untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.
Multimedia
Koleksi ini menempatkan bahan-bahan buku, media dan buku yang disertakan dengan bahan media.
Terbitan Bersiri
Semua jurnal dan terbitan-terbitan berkala ditempatkan di rak majalah yang disediakan berdekatan kaunter pinjaman.
Koleksi Perpustakaan Kampus Besut
Koleksi Perpustakaan Kampus Besut
Open Shelf
Semua bahan yang boleh dipinjam ditempatkan dalam koleksi ini. Hak meminjam dan tempoh pinjaman bahan adalah seperti yang dinyatakan dalam bab Keahlian Perpustakaan.
Reference
Bahan-bahan dalam koleksi ini ialah bahan-bahan untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.
Multimedia
Koleksi ini menempatkan bahan-bahan buku, media dan buku yang disertakan dengan bahan media.
Terbitan Bersiri
Semua jurnal dan terbitan-terbitan berkala ditempatkan di rak majalah yang disediakan berdekatan kaunter pinjaman.