Katalog Induk Kebangsaan (KIK)
Katalog Induk Kebangsaan (KIK) merupakan perkhidmatan perkongsian sumber yang dihos dan diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk perpustakaan, penyelidik dan orang awam. Ia menyediakan akses kepada maklumat komprehensif mengenai bahan perpustakaan di Malaysia.
KIK mengandungi deskripsi bibliografi, lokasi dan maklumat pemunya (holdings) serta bahan perpustakaan dalam pelbagai bidang perkara. Ia meliputi deskripsi bahan dalam bentuk bercetak dan tidak bercetak seperti buku, majalah, jurnal, laporan tahunan, surat khabar, peta, kaset, video, filem, sumber elektronik, cakera padat data dalam pelbagai bahasa.