Pertanyaan Rujukan & Pencarian Maklumat
Perkhidmatan ini disediakan di Meja Penasihat Pembaca, Bahagian Perkhidmatan Pengguna.
Khidmat ini disediakan bagi membantu pengguna mengatasi masalah menggunakan perpustakaan.
- membantu pengguna mendapatkan bahan-bahan dengan mudah.
- menunjukkan bagaimana untuk menggunakan OPAC dan rujukan seperti ensiklopedia, buku-buku rujukan, indeks, dan lain-lain.
- Menyediakan bibliografi atau senarai bacaan, maklumat dan lain-lain.
- Menjawab soalan-soalan umum.
Antara lain khidmat ini dapat memberi panduan pencarian bahan dan maklumat, menggunakan kemudahan serta pandu arah di dalam perpustakaan.Pengguna juga boleh membuat pertanyaan melalui telefon, e-mail atau surat.