Tempahan
-
Perkhidmatan tempahan bahan atas talian boleh dibuat melalui WebOPAC atau di Bahagian Perkhidmatan Maklumat.
-
Tempahan hanya boleh dibuat bagi bahan yang sedang dipinjam oleh pengguna lain dan berstatus circulated seperti tercatit dalam sistem perpustakaan.
-
Notis pemberitahuan tempahan bahan akan ditampal di papan kenyataan perpustakaan. Pengguna juga boleh menyemak status tempahan melalui Patron Enquiry dalam modul InfoTrack atau melalui laman Web Perpustakaan.
-
Sekiranya sistem perpustakaan mengalami masalah, tempahan boleh dibuat secara manual di kaunter utama.
-
Perpustakaan akan menyimpan bahan yang ditempah di kaunter utama selama 7 hari selepas bahan tersebut dipulangkan dan notis dikeluarkan. Selepas tempoh tersebut, sekiranya bahan tidak dituntut, bahan akan dikembalikan ke rak.